kelik kelik

The Gojess ^_^

Wednesday, 20 April 2011

Kisah Yanie....sambungan. (PART 2)

Hampir 5 tahun sejak kejadian hitam itu berlaku...Namun tiada siapa pun yang tahu..Rahsia dirogol seorang mamat hampeh itu tersisip kemas dalam diri Yanie..Yanie bernasib baik kerana dirinya tidak hamil..pheww..

Yanie masih lagi bercinta dengan bf nya yang lama,Shazlan..sampai sekarang Shazlan juga tidak tahu tentang kekasihnya pernah dirogol.Bukan lah Yanie tidak mahu langsung memberitahu,tetapi melalui sesi soal jawab Yanie dengan bf nya beberapa tahun lalu,Yanie hampa..langsung di diamkan saja..

"pa,pa nak tak terima gadis yang tiada dara lagi?soal Yanie suatu petang.

"aih..pa dah ade mama,tnye camtu kenape?" Shazlan menjawab

"alaa..jawab jela soalan senang ma tu..katekan je lah.."

"taknak papa,papa nak perempuan yang suci,boleh dibuat bini..macam mama.."jawab Shazlan yakin.

Merah muke Yanie..adui..patutkah diberitahu saje pada bf nye.

"kalau perempuan tu di rogol,katekan lah mama di rogol,pa terima ma lagi tak?"soal Yanie tak puas hati

"emmm..kalau mama dirogol ye...emm..bagi pa bunuh dulu perogol ma tu,hahaha!"balas Syazlan tak serius..

Sejak tu Yanie tak berani bangkitkan lagi isu tersebut,dah lame perkare itu berlaku,mungkin sekarang pemikiran Syazlan makin matang..ape pulak jawapan yang akan diberi?Yanie berkire-kire dalam hati..

"sayang,Yanie nak tanye ni.."..aikk,panggilan dah ditukar?iye,zaman papa dan mama time mude-mude dulu baru kapel,skang dah tua nak mama papa jugak ke? aish korang ni...

"hmm?"jawab Syazlan malas

Yanie perasan kebelakangan ni bf nye macam malas layan diri nya,ade saje mende tak kene. Sejak kejadian hitam tu,tidak lama selepas itu,Shazlan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Utara tanah air selama 3tahun,jadi mereka memang jarang berjumpa. Panggilan telefon sahaje pengubat rindu. Yanie sangat tabah menghadapi hari-harinya walaupun peristiwa hitam itu kadang-kadang menghantui dirinya.

Kini Yanie bekerja di sebuah Agensi Pelancongan, Shazlan pula di firma guaman,boleh dikatakan hidup mereka stabil setelah bekerja.

Setiap kali Yanie ingin membuka mulut bercerita,ada saja halangan atau perasaan takut untuk berterus terang,akhirnya,sampai sekarang di diamkan saja.

Nak dijadikan cerita,suatu hari tu Syazlan berjanji akan membawa Yanie makan setelah Yanie abis kerja. Dalam kereta ketika menuju ke restoran tersebut mereka terlibat dalam kemalangan apabila Shazlan telah melanggar seorang pemuda yang sedang melintas jalan.

"sayang!!orang lintas tu!!!",,jerit Yanie apabila dilihat ade seorang pemuda melintas jalan sebaik kereta mereka memasuki satu selekoh..

Sepantas kilat Shazlan menekan brek keretanya. Namun masih melanggar pemuda tersebut. Nasib la Shazlan bawa kereta tak laju ketika itu,jalan yang lengang di kawasan itu membuatkan Yanie fikir yang bukan-bukan.

"sayang,jangan keluar kereta lah..tunggu kereta lain berenti jugak..mane tahu perompak ke sesaje melintas tadi buat taktik nak rompak kite..".. Yanie berkata

"ish kamu ni kenape negatif sangat,kite dah langgar orang ni..kejap sayang pergi tengok,macam tak teruk je,sebab bukan melayang pon badan die"..sempat pulak Shazlan kata begitu.

Terus Shazlan keluar dari kereta,melihat pemuda tadi sedang melutut sambil memegang sikunya.

"saudara tak apa-apa?" tegur Shazlan kepada pemuda itu

"sakit la woi,bawak kereta macam kambeng,abis jatuh la saham aku parut kat siku ni kang,adehh"..jawab pemuda itu sambil melihat ke sikunya yang jelas luka berdarah.

"lelaki berparut tak jatuh nye saham,lagi macho adela,meh la aku bawak kau ke klinik," balas Shazlan malas nak memanjangkan bicara apabila ada kereta lain mula memperlahankan kereta melihat ke arah mereka.

Lelaki itu bangun perlahan dan Shazlan membukakan pintu kereta untuk nya. Bukan main terkejut Yanie pabila sahaja melihat pemuda itu berdiri,dia adalah mamat hampeh yang merogol yanie 5tahun lalu!!! Lutut Yanie mula menggigil.

*Ya Allah..ape mamat ni buat kat sini,dah bebas ke dari penjara?Yanie kata dalam hati.

Dalam kereta Yanie batukan diri,mamat tu pulak asyik menjeling ke arah Yanie. Saat tu yanie rase nak bukak je pintu kereta lari laju-laju balik rumah. Gile terer la kalau Yanie sanggup buat camtu. Tetiba Shazlan mula bersuara.

"kenape la kau main lintas je,tak tengok kereta dulu?" tanya Shazlan kepada pemuda itu.

"ade pokok besar tu halang pemandangan,patut dah lame kene tebang pokok tu,kan dah tak nampak..eh,sory lah kate kau bawak kereta macam kambeng tadi",jawab pemuda itu.

"takpe..nasib kau tak cakap aku bawak kereta macam tenuk", balas Shazlan.

*eh eh..bergurau senda pulak dorang nih..ishh..*kate Yanie dalam hati.

"by the way,aku hantar kau kat klinik depan tu je okeh,dah setel balut luka kau semua ni aku bayar,pastu kau nak aku hantar memane tak?"tanya Shazlan.

"err..tak payah la kot,aku naik teksi pon bole,taknak kacau korang dating.."kata pemuda tu.

"elok gak..haha!"..balas Shazlan melawak. Mereka ketawa,hanya Yanie saje yang diam membisu.

Dah sampai klinik tu,Yanie mintak tunggu dalam kereta tapi dihalang Shazlan,Shazlan suruh jugak turun bersama teman mereka ke klinik. Mamat tu sengih-sengih je pandang Yanie.Sakit betul hati yanie tengok!

Setelah siap semua prosedur dan bayaran dibuat mereka menuju ke kereta,pemuda tu ucap terima kasih kepada Shazlan dan kemudian mahu berlalu pegi.

"eh jap,name kau sape?" tanya Shazlan tiba-tiba.

"Farish...Farish Aidil.." jawab pemuda tu..

"oh,ok..aku Shazlan dan gf aku ni Yanie.." kate Shazlan..Yanie dah lame masuk dalam kereta,tapi perbualan mereka masih dapat didengar dengan jelas.

*****

Sampai di restoran selera yanie seakan-akan mati..walaupun hidangan kegemaran dipesan namun masih wajah mamat tadi berlegar-legar di minda.

"nape ni Yanie?",tanya Shazlan pada Yanie pabila melihat makanan yang dipesan hanya dikuis-kuis menggunakan sudu.

"err..takde pape la..ha,kenape ajak Yanie makan tibe-tibe ni?selalu busy je memanjang"

"hmm...sebenarnya Yanie..sayang ditukarkan ke Kuantan..minggu depan dah start..sorry tak bagitahu Yanie awal-awal.."kata Shazlan.

Terkebil-kebil Yanie tengok Shazlan..nak kata ape pon tak tahu..tak kan nak dihalang pula?tak kan nak meraung suruh jangan pergi pula?tak kan nak ketawe gembira pula? aishhh Yanie sendiri konpius nak respon macam mane..last-last yanie cume jawab..

"ok.....".dengan muka sardin nya.

Shazlan pon tak banyak cakap. Seminggu kemudian Shazlan pon berangkat ke Kuantan..*alah,bukan jauh sangat pon Kuantan ke KL kan..itu yang selalu Yanie kate dalam hati..

******

Hari minggu macam ni memang seronok bermalas-malas dirumah,housemate Yanie awal-awal pagi dah keluar,tak tahu la pergi mane,walau mereka serumah namun tak rapat mane pun. Jenguk ke dapur semua bahan dah nak abis..Jadi Yanie pun bercadang nak ke Giant untuk beli barang-barang dapur dan keperluan lain.

Memang ramai orang membeli belah arini,al maklum hari minggu..Yanie tolak troli sambil ambil barang-barang yang dirasakan perlu..*hmm..coklat cadbury,biskut crackers,master patato,aiskrim wall's..uikk?asal sume makanan menggemukkan je aku pilih ni?bukan tadi aku nak beli ikan kembong ke??*

Terus Yanie ke bahagian basahan yang menjual ikan, ayam,udang segala tu.Tengah syok pilih-pilih tetibe ade orang tegur..

"Yanie..."

"oi mak kau ikan kembong bleh bercakap!!" sampai melatah Yanie.

"hahahahahaha!" gelak seseorang di belakang Yanie tak beringat.

Terkejut beruk Yanie bila ditoleh saja muka, dilihat mamat hampeh sedang gelak pegang-pegang perut. Lawak sangat la tuh!

Dilihat saja muka mamat tu,cepat cepat Yanie tolak troli nak berlalu pergi..tapi dikejar pula mamat tadi yang sedang menjinjing bakul..

"kau nak ape?!"soal Yanie

"lerr..nak teman kau shoping,bole?"jawab mamat tersebut

"not allowed!" kate Yanie lagi.

"aloh,sombong bona cik kak kite nih.."

*what the fishhhh,tak tahu malu punya mamat,boleh die buat-buat tak ingat?die ingat aku ni amende nak lupe gitu aje..*Yanie kate sendiri.

Perasaan takut mula menular dalam diri,takut kejadian yang sama berulang lagi..Yanie seboleh-boleh nak elak daripada bertemu mamat ni lagi,tapi mamat ni asyik mengikuti Yanie dari belakang,sampai ke bahagian Yanie nak membeli pad pun mamat tu ikut lagi.

"kau pakai jename ape?" tetibe mamat tu menyoal.

Hampeh sokmo sungguh,berani die tanye aku camni..Shazlan pon takde sibuk-sibuk nak tahu.

"sukati aku la nak pakai jename ape,sibuk watpe?".Yanie jawab bengis.

"alah..aku saje nak tahu,senang nanti aku nak  beli untuk kau kalau ade kecemasan nanti.."selambe je mamat tu kate begitu.

"jename cap ayam,carikan kalau jumpe ek".balas Yanie dengan muke seposen.

"hahaha,lawak la kau ni..ade jename cap ayam ek?baru pertame kali aku dengar.."gelak-gelak mamat tu jawab.

*ciss..seronok betul kau ekk..takpe-takpe,kau tunggu la nanti aku balas..Yanie kata sendiri dalam hati.

Penuh troli Yanie dengan barang keperluan..al maklum nak buat stok sebulan..dah bayar segala Yanie toleh kebelakang,di lihat mamat tadi tengah asyik perhati dirinya..*ahh sudahhh..cubaan merogol lagi ke kat tempat awam ni?* cepat-cepat Yanie jalan. Yanie tolak troli sampai luar,kemudian kene la Yanie jinjing semua beg plastik tu ke perhentian teksi.*adei,banyak nye barang aku..nyesal beli ikut suke je tadi..iskk*

"nak aku tolong tak?"tetibe Farish muncul..ehhhh,tak panggil mamat dah?aah,nak sedap kan bahasa sikit,korang pun dah diperkenalkan dengan Farish Aidil tadi bukan...

"takyah!" jawab Yanie sepatah sambil bersusah nak bawak semua beg plastik itu.

Dengan selamba Farish angkat baki beg plastik yang ade dalam troli...

"ikhlas nak tolong..".kata Farish..sambil kenyit mata ke Yanie.

*uihhh...dasyat..hati kering mamat nih..langsung takde rase bersalah ke?Yanie kata dalam hati.

Yanie malas nak ambil pusing,dia jalan laju-laju ke perhentian..perasaan nya bercampur baur ketika itu kerana kenangan silam yang cuba sedaya upaya dilupakan menjelma kembali,sedih,takut,risau,marah,dan yang paling pasti adalah benci dan dendam kepada lelaki bernama Farish ini.

Di perhentian teksi ketika menunggu teksi,Farish duduk di bangku manakala Yanie berpeluk tubuh melihat kenderaan yang lalu lalang,diharap tak perlu lah ditunggu terlalu lama disitu..

"duduk la dulu..tak penat ke..?", soal Farish kepada Yanie. Sambil tu die asyik memerhati Yanie dari belakang,baginya,Yanie sudah cukup cantik,dengan bentuk tubuh dan ketinggian sederhana,berambut ikal panjang mengurai,mata bundar,dihiasi lesung pipit di pipi kiri,dan berkulit cerah..memang lelaki mane la yang tak akan suke si Yanie ni..

Farish pula?ohh..Farish pun dalam kategori kacak juga..tinggi,berdada bidang,kegilaan ramai pelajar ketika di sekolah dulu..rata-rata kalau tanye perempuan kenape minat Farish ni mesti mereka akan jawab Farish sungguh cool dan selambe..(erkk?bukan lebih kurang ke makne?). Tapi dalam usia muda Farish dah masuk penjara,rekod pun dah buruk..tu lah sape suruh pegi rogol anak dara orang kan..

Tak lama kemudian teksi pun sampai..bukan main lege si Yanie,terus die berpaling nak ambil baki beg plastik yang Farish pegang tadi.

"bak lah"..kata Yanie kasar sambil selamba merampas beg plastik tersebut daripada Farish.

"ui,garangnye..tapi comel..hehe.."..kata-kata Farish hanya menambah kan sakit hati yanie.

"ishh..malas aku nak layan kau,kau jangan berani-berani nak muncul depan aku lagi,benci tau tak?!" herdik Yanie sebelum memasuki perut teksi dan berlalu pergi..

Farish hanya berdiri terpaku di tepi jalan,kata-kata yanie sedikit pun tidak mengguris hatinya,dah memang die telah bersedia dengan segala yang akan ditempuhi kerana telah melakukan kesalahan yang maha besar terhadap gadis itu,namun dalam hati Farish masih tidak akan mengaku kalah,die pasti mendapatkan Yanie,pasti!

******

Sudah berapa bulan lamanya Yanie tidak bertemu dengan Shazlan, panggilan telefon pun jarang sekali diangkat,apatah lagi sms..hanya bulan pertama saja Shazlan rajin menelefon,katanya die bakal sibuk dan pasti tiada masa untuk Yanie..Yanie akur..walaupun rindu namun hatinya seakan-akan sudah kebal dengan situasi begini,dirinya bukan lah anak remaja lagi yang akan menangis meratap pilu merindui kekasih hati idaman hati.

Umur Yanie yang semakin menginjak dewasa menyebabkan ibubapa nya di kampung sering menanyakan bilakah Yanie akan berkahwin..lemah betul Yanie dengar. Perkara ini pernah ditanya kepada Shazlan namun Yanie hampa apabila Shazlan seperti tidak bersedia untuk membincangkan perkara ini.

Makin lama hati Yanie makin pudar,kecewa dengan Shazlan,walaupun mereka telah bersama dalam tempoh waktu yang lama namun masih sukar Yanie untuk memahami Shazlan. Namun apa yang pasti,Shazlan pernah mengatakan tunggu jela rombongan keluarganya sampai ke kampung Yanie tak lama lagi..kata-kata itu sudah cukup menggembirakan Yanie.

*******

Suatu hari Yanie mendapat panggilan telefon daripada emaknya dikampung..

"Yanie,ade orang datang datang merisik kamu semalam.." kata emaknya

"hah??" Yanie terperanjat.

"rombongan dari Johor..".kata emaknya lagi..

*uih..Shazlan ke?tak pernah die bagitahu pun nak hantar rombongan dalam waktu terdekat ni?mungkinkah Shazlan nak buat suprise kot kat aku..?Yanie berbisik sendiri. Di ingat kembali kata-kata Shazlan tak lama dulu.

Sememang nya Shazlan yang berasal dari Johor,namun kali terakhir mereka berhubung pun minggu lepas,tidak pula Shazlan bercerita akan perihal ini,itu pun call selama 2minit tanya khabar..ceh !

"hello..Yanie??" panggil emak nya apabila dirasakan tiada respon daripada anak nya.

"hah? iye mak..mak dah cakap pape ke kat diorang?" tanye Yanie..

"dah la..mak dah setuju..kamu tu dah makin tua kang makin tak laku baru tahu..sape yang masuk minang dulu mak memang nak terima je..adik beradik kamu yang lain semua dah berumahtangge,tinggal kamu sorang je,ni nanti kamu dah kawen lege la sikit mak dah ade orang jage kamu pulak.." hujah mak Yanie.

Yanie hanye mengiyakan saja..kata-kata mak nya memang tidak pernah dibangkang,lagi-lagi emak nya ade sakit jantung,kang ditolak kang naik pulak tekanan darah emak nya.

*******

Seminggu kemudian Yanie pulang ke kampung nya yang terletak di Bahau,Negeri Sembilan. Kepulangan Yanie adalah untuk menguruskan perihal pernikahan nya nanti. Emaknya la yang paling sibuk sekali,macam emak Yanie pulak yang nak kawen.

Semua hantaran kelengkapan disediakan oleh saudara mara dan keluarga..ramai juga yang sponsor..bukan main suka Sanie tengok..tapi dalam suka masih ada kerisauan yang melanda hatinya. Apakah hatinya telah bersedia untuk berumah tangga?

Yang lagi merunsingkan hatinya tahap fenomena la-nina adalah shazlan..yang langsung tidak mesej dan call,bila Yanie call pula masuk ke peti simpanan suara. Geram betul Yanie..Yanie hanya mahu bertanya Shazlan adakah die sudah bersedia dengan perihal berumahtangga ni..

*********

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba,cantik baju nikah Yanie berwarna putih mulus dijahit manik berkilau-kilauan..rambutnya yang ikal disanggul tinggi. Inai pula merah dijari,segala-gala nya diuruskan mak dan adik beradiknya yang lain..pulang cuti je semua dah tersedia,memang gile untung la yanie..

Yanie yang sedang duduk di meja cermin tiba-tiba tersedar dari lamunan apabila terdengar suara orang menjerit mengatakan rombongan dah sampai. Bukan main berdebar-debar jantung yanie..*gile ah,aku dah nak jadi isteri orang kejap lagi..*Yanie berbisik sendiri.

Dari dalam bilik Yanie dengar orang kecoh-kecoh..Yanie hanya tunggu di dalam bilik semasa akad nikah dilakukan..muka Yanie memang seposen gila,padahal dalam hati macam tsunami melanda dah.

"ok,pengantin lelaki nak masuk sarung cincin.." kata mak andam.

Yanie hanya tunduk membisu..setunduk yang mungkin..*asal malu sangat plak dah aku ni..aishh..

Yanie nampak kaki pengantin lelaki..yela,kan Yanie tunduk memalu..

Pengantin lelaki dah duduk disebelah,sambil tarik perlahan tangan Yanie nak sarung cincin..Yang Yanie ni still taknak pandang suami dia yang sah tu,macam cerita hindustan dah gaye yanie memalu,hampeh sungguh..jiwe je brutal.

Ramai yang berkumpul dalam bilik tu dan tidak kurang cahaya-cahaya kamera yang tak berhenti-henti ambil gambar..dah sarung cincin tiba pulak masa nak cium dahi..

Dalam hati yanie bukan main dup dap,ibaratkan 1 bilik boleh dengar lah bunyi jantung tak keruan ditambah gelabah duyung yanie...

Satu ciuman hinggap di dahi yanie..(erkk hinggap?macam lalat -.-)..syahdu sekali dirasakan saat itu..

Yanie pun angkat muke..*makkk!!! FARISH!!!??

*Asal mamat hampeh ni yang depan mate aku ni,aku ngigau ke?terkebil-kebil Yanie pandang Farish..

"Hai....isteriku..."..Farish mula bersuara disulami dengan senyum nakal..

*tolonggggg tolongggg,makkkkk!!! Yanie menjerit sekuat yang boleh,tapi hanya dalam hati..(erkk?)

Yanie masih lagi tak lepas memandang Farish dengan muke terkejut berok die tu..Farish pula hanya rilex sambil senyum-senyum nakal plus gatal pandang Yanie..sambil tu Farish memeluk bahu Yanie pabila ada suara-suara orang yang mahu mengambil gambar mereka

Pandangan Yanie makin kabur,semakin..makin.....ok Yanie pengsan!!

Nasib baik farish disebelah sempat memangku yanie..haa..time tu lagi la banyak kamera-kamera tah sape-sape ambil gambar,ni kalau tunjuk kat yanie mesti die muncung 18 hari. Memang kecoh sungguh waktu itu,langsung takde bersanding pabila semalaman Yanie tak sedar diri,ini memang betul-betul terkejut ni.

Esok nya satu kampung kecoh dengan tajuk "Yanie Pengsan dihari Pernikahan"....Zzzz



Tamat.




*ape jadi lepas Yanie sedar?
*macam mane Farish pulak yang boleh kahwin dengan Yanie?
*macam mane ek mereka hidup sebagai suami isteri??haaaa...

Kehkehkeh..tergantung lagi ke tak?mood mengarang tak selalu ade so lambat sikit yang ni..harap maapppp..
enjoy reading coretan aku yang tak seberape ni..memang aku tak detail kan banyak perkara kan?so tunggu jela semua persoalan terjawab ehh..huahua!

21 comments:

afiqazizan said...

kisah ni la yang fiq nak gtaw nad kat fbook aritu.

MissNadh said...

hah?kisah ni?knpe dengan kisah ni?tak paham...huhu

kocix! said...

OMG...dye ter kawen la nie??adoyaii..
memasing sengal..

bpe lme ko watni?bley cpt skit x sambung?aq dah x sabor nk tao kesah alam perkawenan dorg!!!hahahahahaa..
camne la gamaknye..

MissNadh said...

kocix..muahaha..memang sengal.

aku saje lelambat bagi kau tertunggu2..cehh..takdelah. :p

nak buat kejap je..tapi kene mood nak menghadap tu ade la..susah kott..huuhu

tguuuuuu..alam kawen mesti lagi best,hakhak!

kocix! said...

eh ko tade keje len ea?assignment ke..keje skolah ke nak wat..
byk tol mase ko berblog ni kn.
i likeeee...

MissNadh said...

hahaha kocix..ni la koje aku..kekeke!

Bella Ayub said...

hhahaha.. sambung cepat.. tension aku baca citer gantung ni.haha

Ihsan Arifin said...

panjang noooo sakit mate bace ;D

MissNadh said...

bella ayub..baikkk,menurut perintah,part 3 ending btol2 punye..hoho..

ihsan..eleh..padahal bkn bace pon,skrol sampai bawah kan kan?haha

Hajar Adnan said...

lalala.. mmg aku suke citer tergantung kan.

MissNadh said...

hahah! jay..kalau aku sambung sampai ending panjang sangat gegile la plak..sabo ye..haha

afiqazizan said...

ala nad dah lupa ke yang masa fiq komen kat status fbook nad..pasal kisah lawak yang fiq ingat nad wat kat blog nad.

MissNadh said...

erkk???tak ingat fiq..hohoho

Bella Bell said...

arghhhh..tlonglah buat sambungan cepat sikit..


gila sweet kot..hahahahha!!~


cepat2 buat sambungan..nanti cakap kat saya okeh!

^_^v

MissNadh said...

bella bell...hahaha baik bella !

Kamil Kahar said...

adoyaiii...peluh2 kot bace...nseb bek la dalam lab yg ade aircond...so peluh2 dlm hati jela...

mase part 1 duk pkir apela yg jdi kt pompuan tu nnti kan...

mase part 2 da pkir da perogol tu cam ngan dye ending last skali...

part 3 nnti??? haha...hope diorg bahagia...llki tu msti caring gler dr bf yanie...wlaupun dye da rosakkan pompuan tu...just guest 4 da spoiler...wakakaka...

neway...best cter nie...mood risau, suspen, menggelabah, xsbar sume kuar...huhu...at the end...i follow u... :)

p/s: uodate cpt cket keyh!!!

MissNadh said...

Kamil Kahar : wow kamu..thankz..komen terpanjang setakat ini..xsangka ada lelaki baca jugak ni..hihi..

thankz taw..part 3 aritu da siap tapi sebab masalah blogspot aritu hilang terus dalam draft,skang tengah kalut pikir ayat..geramm je..huhu

thankz again !

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

ouh damn! apesal smbungannya jd begini!? Yanie gelojoh sgt. kn dh slh kawin.

Aina Shazmin said...

Oit oit :p Cepat lah buat part 3 Dah tak sabar dah ni nak tunggu ending dia. Dah berbulan tunggu. Stress aku tunggu. :p Buat cepat cepat yerr x)

i am who i am said...

Nak part 3. Please3x

pena sepi said...

Ad part3 x?