kelik kelik

The Gojess ^_^

Friday, 6 May 2011

WAJIB BACE ! SUMBER HAIWAN DALAM KOSMETIK !

Salam..

Especially to ladies yang gemar bermekap,tapi main asal boleh je pakai without tengok dulu ape bahan-bahan yang diletak dalam tu,meh sini aku nak kongsi istilah name-name sumber haiwan ni kat korang,pasni kalau jumpe jangan pakai erk...





AMBERGIS - diekstrak daripada saluran usus ikan paus sperma.

CASTOREUM - haruman yang diperoleh daripada kelenjar seks beaver (beaver ni ape?memerang ek?)

HYALURONIC ASID - diperoleh daripada balung ayam. (err..balung tu yang atas kepale ayam yang kaler merah tu ke?adeh!)

LANOLIN - bahan berlemak yang menutup bulu kambing biri-biri.

SPERMACETI - juga dikenali sebagai  CETYL PALMITATE. bahan berlilin daripada kepala ikan paus dan ikan lumba-lumba.

TALLOW - diperoleh daripada kaedah merebusorgan dan tisu kambing biri-biri dan lembu

ALLANTOIN - sumber lembu dan terkandung dalam kebanyakkan losyen serta krim.

GELATIN - protien yang diperoleh daripada kaedah merebus kulit,tendon,ligamen atau tulang lembu dan babi dengan air. banyak diguna dalam syampo,topeng muka dan kosmetik lain.

KERATIN - daripada tanduk,kuku,pelepah dan bulu beberapa jenis haiwan yang telah dikisar. diguna dalam bilasan rambut,syampo dan produk yang menjadikan rambut kekal bergelombang.


Woahh..sangat banyak sebenarnya..pasni nak beli pape produk nak bace dulu bahan-bahan sekali ade plak kulit babi ke..oh nooo.....tapi masalah gak sesetengah produk tak letak detail kan bahan yang die gune..tah-tah sume ade sumber haiwan.??tidakkkk!!

Baik gune sumber semulajadi je..haa..yang tu next entry aku akan bagitahu,ekceli,bahan semulajadi lagi elok tanpa bahan kimia tau..tapi malas tak malas jela nak buat kan..



notakecik : nak makan jeruk strawbery..sape nak kirim kat aku?hukhuk

3 comments:

mykhalis said...

khalis tak pakai make-up..tapi memang perlu berhati-hati

Cahaya Qaseh said...

xnk komen sal make up coz ck xsuke pakai make up..hihihi..tp ck pun t'liur nk mkn jeruk strawberi..hihihi

Arif Azmi said...

Banyaknye.. O.O.. Lepas ni kena berjaga-jaga..

Belum terlambat untuk menyertai Segmen Review Blog Bebelan Saja