kelik kelik

The Gojess ^_^

Thursday, 30 June 2011

warkah buat bakal suamiku

Kehadapan bakal suamiku...

Apa khabar wahai bakal suamiku?disini aku mahu minta ampun dan maaf sekiranya warkah berlagu pilu ini menganggu benak dan jiwamu..

Bakal suamiku..

Tahukah engkau yang pabila kita berkahwen nanti aku mahukan sebuah rumah yang membolehkan kita berkebun bersama,eh silap, hanya bakal suamiku yang berkebun, aku tukang tengok sambil minum jus oren,ouh best nyaa..sesungguhnya halaman rumah yang hijau dihiasi bunga-bungaan sangat mendamaikan..

Bakal suamiku..

Sekiranya aku bekerja,aku mahukan bakal suamiku hantar dan ambil ku pergi dan pulang bekerja dengan sebuah kereta swift suzuki sport kaler merah,makanya awek-awek lain tahu yang engkau sudah berbini jadi back off plss..bukannya aku mementingkan diri,tapi aku tidak punya lesen memandu dan hanya mahu lebih waktu bersama denganmu..

Bakal suamiku..

Tahukah engkau,aku idamkan setiap kali bangun tidur aku mahu kan sekuntum mawar merah yang segar berada disisi ku,dengan kad ucapan kecil berupa ayat romantik dari mu..kadang kala kita tidak perlu berkata-kata untuk menunjukkan betapa romantiknya kita,cukuplah dengan perbuatan..ouch !

Bakal suamiku..

Apabila kau pulang dari bekerja aku ku hadiahkan ciuman di dahi mu beserta teh tarik untuk menghilangkan dahagamu,akan ku hidang makanan2 yang ku beli dari mamak kerana aku hanya reti masak sambal tumis,tu pu tak sesedap mama ku masak..

Bakal suamiku..

Aku serba kekurangan yang punya anganan besar, tidak sedar diri bukan? jangan khuatir bakal suamiku,satu yang aku janjikan,akan ku buat kau bahagia dan menaruh seluruh kepercayaan ku hanya padamu..nanti kite masak sama-sama okeh?hehe







Haa...ade sesape nak kawen ngan aku ke pas bace warkah nih?kompom xde. :P

buat bakal suamiku.....jangan coba kau lari lepas bace ini warkah,hee



notakecik : lambat lagi nak kawen oittt,berangan dulu tak pe kan?hekhek

Wednesday, 29 June 2011

GiveAway CikArda,lah..!seghonok,peah!!!


Hhehehe sempat ke join GA ni,nak tutup dah ni..ahh bantaiii..^^



mahu join kelik banner,sempat kot?korang taip lelaju,selaju kipas angin nombo patbelas tau..

hai cik arda,kawtim bagi saya menang bole?tak penah menang mane2 GA..sadisss..  (bodek)

eh dah2,nak submit,kang tak sempat pulakkkk



Wordless Wednesday #1 / SHAWLISTAA BEAUTY SCARF,awsome!

















ALL AT SHAWLISTAA BEAUTY SCARF (fb page)
JOM JENGUK DAN LIKE,SUPPORT ME YAH..^^




Monday, 27 June 2011

Ada 49 hari untuk hidup

Salam..

I've already watched this drama title 49 days..serius 5star! kisah tentang ape aku pernah cerita kat entry ini..(sile jenguk dahulu).. memang tangok memula je darah adrenalin aku jadi sangat teruja dan eksaited (eh bukan same makne ke?) dah tu pulak hero die bagi aku kiut la,bagi aku la...bagi korang tak tahu la kan..tapi dihati aku tetap LEE MIN HO,uhuk!!

Sedih ar cite ni..nape kau mesti ending macam tuh?huh! baik bagi penulis dan pengarah yang patut masuk 'evalator' (sape da tengok akan paham)..tapi serius..menarik la cerita ni,lain daripada drama-drama korea lain..


lee yo won(baju hitam) sangat bijak membawa dua karektor dalam satu masa,bila die jadi song yi kyung watak die always gloomy dan miserable,bile badan die dipinjam han ji hyun(baju putih) die jadi pulak watak ceria,naif dan fashionable. Bagi aku lee yo won ni memang aktress hebat..



han kang dan song yi kyung..han kang da lame simpan perasaan kat han ji hyun walaupun die dah bertunang,jadi bile die jumpe song yi kyung banyak pulak habit dan sifat yi kyung ni macam han ji hyun yang masa tu tengah koma..die jadi pelik..



semua pelakon hebat,walaupun tak femes..serius aku baru 1st time tengok dorang berlakon..terus terpikat..


Dapat ke tak si han ji hyun cari 3 titis air mata orang yang menangis betul-betul ikhlas untuknya sebelum 49 hari?kalau tak die akan mati untuk selamanya...jadi korang tengok jela sendiri k..pasti teruja!





notakaki : ingat mati..










Thursday, 23 June 2011

Kalau Kita MARAH !!

Salam

MARAH,adalah sejenis perasaan yang mampu membuat hati rasa mendidih,otak tak dapat mengawal tindakan perbuatan,muka berkerut-kerut,rase nak menumbuk orang dan sewaktu dengan nya lah..




Kalau anda marah apa yang anda buat?


  1. lepaskan je,pdulik ape aku,asal aku puas hati dapat marah orang(ish3)
  2. pendam,kang melawan kate kurang ajar,bek diam (ish3)
  3. menangis,marah sangat sampai tak tahan terus nangis,( pun ada tau..)
  4. campak barang-barang (henset selalu jadi mangse,kesiann)
  5. tumbuk bantal (tumbuk bantal tak pe jangan tumbuk dinding)
  6. pergi shopping (kehkeh)
  7. drive laju-laju gile babeng,merempit (bestt)
  8. marah tapi wat muke seposen,malas layan,tapi dalam hati marah die jangan cakap la (pandai kawal,bagus)
  9. cerita balik kat membe-membe dalam nada tak puas hati.."eee,aku bengang btol la si polan dan polan tu bla bla bla..." (tokok tambah cite itu perlu)
  10. marah balik kat binatang.."oi ayam,ko lintas jalan baik-baik sikit bole!!" ( macam ayam paham)

Uihh..cukup la 10,ada yang marah tapi pandai kawal amarah die dengan balas balik menggunakan nada yang baik tapi sinis,bagus gak ni,kene berguru dengan orang camni..tak kira lah macam mane kita marah sekali pun,jangan la kita sampai luka kan hati orang lain,luka kan hati orang yang kita sayang..kesiannn die tak pasal-pasal kene herdik atas kesalahan yang kecil

Tapi harus di ingat wahai lelaki sekalian,perempuan dalam sebulan memang akan marah tetibe tanpa angin ribut,walau sekelumit kecik kesalahan pun akan jadi point untuk marah..kehkeh kesiannn korang..nak wat camne kan angin kus-kus da datang,korang senyap jela,takyah melawan sangat,bia die marah sampai die puas hati dan bosan..haha

Jadi korang tahap nombor berapa?aku??akuu...rahsia,kekeke



notakaki : kalau marah tak dapat dibendung cepat-cepat amik wudhuk,selawat bebanyak...^^



Wednesday, 22 June 2011

Wordless Wednesday #2




JOM KLIK LIKE RERAMAI

Senarai yang terjah aku untuk segmen AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU

  1. http://gadiskutersayang.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  2. http://lalabiela.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  3. http://bicarasigadisdesa.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  4. http://segalanyaaku.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  5. http://isyamnmirah.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  6. http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/06/kenapa-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  7. http://irrahady.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  8. http://hajar-apesaje.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  9. http://coretanharapan.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  10. http://miss-nadya.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  11. http://akueddie.com/2011/06/22/aku-promosi-kau-promosi-aku/
  12. http://frommetoyou85.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  13. http://sofealang.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  14. http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  15. http://lytulip.blogspot.com
  16. http://mrbaiz.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  17. http://www.alyaesprezzo.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  18. msredcheesecake.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  19. http://mienkarim.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  20. http://gurlgemini.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  21. http://www.areliff.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  22. http://maszmadi.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  23. http://www.areliff.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  24. http://ladybirdakaluply.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  25. http://www.trioseposen.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  26. http://unguvioletlovelifestory.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  27. http://papamacho.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  28. http://ryushychomya88.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
  29. http://kaoruluv16.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html


Terima kasih kepada mereka ini yang sudi terjah aku..ada yang aku dah terjah balik ada yang belum,but dun worry,pasni aku akan terjah korang semua balik sambil follow ok?

Trimasss..^^

Wordless Wednesday #1 / MISS U...:(


Posted by Picasa

I MISH U ALREADY...:(

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU





sekian trimasss ^^

Sunday, 19 June 2011

Kau dihatiku selalu

Salam..

Kalau nak cite pasal ayah ni,aku dah pernah cerita dah kat  ENTRY INI dan jugak ENTRY INI HA,kedua-dua ditaip sambil airmata berlinangan..walaupun kalau korang bace akan kate "ek eleh,tak sedih pun?", tapi aku yang rase,hati aku tetibe sebak bila cite pasal ayah..yelaa..even aku tak rapat dengan ayah,sebagai anak mesti ada jugak perasaan sayang walau kita tak reti nak tunjuk..hmm..:(

Ayah terbaikk..jadi sempena hari ayah ni aku nak ucap kat ayah aku walaupun die tak bace pun ni, 'SELAMAT HARI AYAH' semoga ayah sentiasa sihat dan cergas dan panjang umur dan sabar melayan kami adik beradik dan hensem selalu.

Serius aku takkan ucap depan-depan kat ayah aku ucapan hari bapa ni,aku ego..malu,tak reti nak tunjuk semua ni..jadinye aku harap malam ni aku masuk mimpi ayah aku dengan ucapan ni..kekekeke









notakaki : bagi yang sudah tiada bapa,jangan bersedih,bersyukurlah kerana anda masih punya KELUARGA..

Saturday, 18 June 2011

Seems like this..

Salam

Sebelum ni ada terbaca anak kedua adalah seorang yang sangat independent dan keras hati, degil lagi apetah dah lupe pulak..aku anak kedua dari 3 orang beradik,dan aku rase....iyeke?ntah..adehh

Keras hati,kalau dah aku suke sesuatu mende tu,satu tuuuuu jela aku hadap,tak kisah sebenarnya mende tu mendatangkan keburukan atau membinasakan hati dan perasaan,eh apakah?heheh..sudah la korang..jangan nak pikir bukan-bukan,aku ok jer..bluwerkkk..tapi seriously aku memang sangat demmm keras hati la. Aku dah uji.

Ekceli,aku bukan la degil sangat (tipu tipuu),just that aku jenis sukar lebur..erk,paham tak?mak aku pun penah cakap,antara kitorang 3beradik pompuan, aku yang paling lasak,padahal aku ayu okayy,haha kidding! Tapi aku memang suke beraktiviti pon tak kire la lasak ke tak,just tak berpeluang je..kat poly dulu iyear kos aku kan tourism,memang banyakkkk aktiviti aku buat. Enjoy and miss that moment so much!




Jabatan Hospitaliti,dalam ni la tempat kami belajar swimming dan modul2 lain..wehhh,rinduk taukk!

Koranggg..yang anak kedua tu,komen sikit?korang lagi degil kan kan?betul ke..huhuhehe.

Dalam sesebuah hubungan memang tiada yang sempurna,jadinya,kita sendiri yang kene pandai mencorakkan hubungan kita,kan...dan mak kite kate....pilihlah orang yang sayang kita melebihi kita sayang orang tu..jadinye..adil ke bagi orang tu?hmmmm wondering.. (apahal tetibe masuk cinta ni?erk!)





notakaki : bencinta. dlm benci masih ada cinta.papepun "saranghae...."

Friday, 17 June 2011

Nak kahwin umur berapa?Kenapa taknak kahwin sekarang?

Salam..

Seorang sahabat bertanya kepada aku..

"katakan lah ada seseorang yg kau suka,dan die pun stabil ekonomi segala, masuk minang ajak kahwin dengan umur kau sekarang ni,kau terima tak?"

Ok aku blurrrr kejap....kahwin ye? sekarang? 22tahun mungkin dah cukup dewasa bagi korang tapi aku rasa banyakkkkkk lagi aku kene prepare diri aku untuk jadi isteri orang..gila lah,kahwen tuu..haha. Nak jadi isteri orang ni bukan kene sedia fizikal dan mental je..emosi tersangat la kene pandai dikawal lagi-lagi kita berdarah muda ni,tahu nak melenting,nak angin je kan..

Tapi aku tak bersedia bukan sebab aku tak bersedia dari segi emosi mental fizikal segala ni..tapi aku tak bersedia dari segi kepakaran memasak,hahahha gelak lelaju cepattt..serius,rase rendah diri tau isteri tak pandai masak..tergugat,walaupun zaman sekarang suami bukan kisah sangat pun tapi selame mana boleh tahan ye tak?

kahwin.penyatuan dua jiwa menjadi satu,segalanya dikongsi bersama,sediakah kita?


Itu dari sudut aku,kalau tanye kat family ni mahu aku kene tibai di cop gatai pulak,family aku strict la..hmm..

Apa je aku reti dan pernah masak?ok2,nak buat list ni..

selain makanan segera,goreng-goreng,aku rajin buat.....
spagethi (senang je,budak 12 tahun pun reti kot?hukk),
murtabak meggi,(very the simple one lah),
nasi goreng,
lauk pulak aku pernah masak tuk family dan kawan-kawan umah sewa dulu adalah,
sambal tumis telur (kahkah,kacang mak enon),
sambal tumis ikan bilis (lagi la senang,kahkah)
sup bebola (tuk family,tapi tak sedap macam mama buat :(
dan segala jenis sup lah

........cube mengingat ape lagi aku penah masak ni..aiyakkkk?itu je kah?waaaaa.....nak nanges rasenye..sebab tu tersangat la rendah diri ok tak pandai masak ni..mahu jumpe mak mentua cerewat nak tengok kita masak,tak ke haru disitu?jadi nye..cepat-cepat la belajar masak..senang masa depan..suami suka,mak mentua lagiii suka..hehe

Dalam proses belajar masak ayam masak lomak cili api..nyum3..my fevret..terliuq suda ni..sape suke angkat kening!


Terbaikkk,my mum masak terbaikk,my tokwan kat negeri 9 masak terhebatttt,tiada tandingan,meleleh-leleh la airmata setiap kali makan...nyumm..(pic credit to google)

Pastu sahabat aku tu tanye lagi..

"agak-agak kau nak kahwen umur berapa?"

erkkk...aku blurr skali lagi..lalu dengan yakin nya aku cakap 2 3 tahun lagi..haa???tapi aku rase dalam 2 3 tahun lagi aku tak bersedia jugak la..camne ek?nak kawen umur 26 korang rase tua sangat tak?korang yang belum kawen rase-rase nak kawen umur berape?apa 35????

Apa-apa pun..kita merancang,Allah yang menentukan..



notakaki : thankz sahabat bagi idea tulis entry ni..kehkeh

Monday, 13 June 2011

Ni entry sedih,kelakar,gelabah atau ape ek?korang tolong gitau kan..

Salam..

Nak cite kat korang satu cite best tapi tak tahu ketegori sedih ke kelakar ke or what so ever la kan..pengalaman yang aku alami petang tadi..hakhak,tetibe gelak lak..

Petang tadi aku nak pi umah kawan aku,so aku pun start la skuter merah buruk aku tu,hmmm..tengok-tengok tayar dah kurang angin,tak pela,kang singgah la bengkel..

Dengan girangnya aku merempit dengan tahap kelajuan 20km/jam..=.=",tetibe baru 79 saat perjalanan moto aku bunyik lain macam pastu MATI tengah jalan...oh nooooo! ok situasi begini baru 1st time aku alami yer kawan-kawan.Makanya aku macam 'alamak,nak buat ape nih?'

Tapi aku relax je,aku cool beb,aku keluarkan henset buruk aku pulak nak call ayah aku,muke seposen abes la berenti tepi jalan tu..fine,kredit aku tinggal 1sen!!!! demmmm! arghhh aku kalut dah,aku tengok kete dan moto lalu lalang kot-kot ada membe or jejiran aku ke kan..kesian aku time tuh.waaaa....

Yang mamat-mamat lalu lalang ni pandang je ke?hampeh,mentang-mentang aku tak cantek,taknak kau berenti kan?cissskek!(gaya aku pun macam tengah tunggu orang mane ada orang nak berenti,kehkeh)

Adela dalam 10 minit camtu,rase nak nangis da,then ada sorang makcik bawa anak die baru balik sekolah berenti,die tanye aku kenapa bla bla bla..then die tanye kenape dari tadi tak jalan-jalan?kehkeh die usha aku la..baik betul hati makcik ni,die bagi aku pinjam moto die bawak balik rumah aku panggil ayah,die tunggu kat scoot aku..omai omai...baik nyer hati makcik nih...

Apa lagi,moto EX5 dream die aku duk merempit 80km/jam (up sikit dari tadi)..terketar-ketar kot kaki aku masuk gear,bukan sebab aku tak reti or lupe bawak moto gear ni,tapi sebab kesian tinggalkan makcik dan anak die kat scoot aku lelame..

Sampai umah aku jerit "ayahhhh ayahhhh" macam orang gile,kahkah. Ayah pulak takde kat umah,duk melepak umah jiran belah mane tah,pe lagi,aku berlari ibarat Watson nyambek kat kawasan kejiranan tu sambil panggil "ayahhh ayahhhh" ( bole bayang tak?ade macam orang gila tak?) hahaha..

Jumpe pun ayah aku,kat umah paling hujung,mahu tak mengah aku lari. da gitau ayah semua aku segera merempit kat makcik tu balik,tak tahu la berapa puluh kali aku mintak maaf sebab nyusah kan makcik tu..rase bersalah pun ade..iskk..tapi makcik tu cool je,no hal lah katenye..=.="

Ayah aku sampai dengan kete die tanye nape tak leh start?adohhh ayahhh,mane guwe tahukk,aku cakap la enjin kong kot sebab jarang pakai da scoot ni.memandai je aku.pastu ayah aku kate cube check minyak..haaaa..disitu nampak guwe bengong yer..MINYAK YANG DA ABES,gelak beramai cepatttt,kahkahkah

Sabo jela kau,pastu ayah aku pegi beli minyak jap,dah isi semua,dalam seminit pastu baru leh start..adohhh..ape la nad ni..nad ooo nad..kalut la hang ni..hahha minyak yang abes kau kate enjin buat hal..(tapi tak menyala pun warning minyak nak abes?hampesss mu scoottttt..)

So,nak describe entry gelabah tenuk dugong ngok ngek bole?=,="



notakaki : macam karangan darjah 6 tak?punye excited aku nak citer..kehkeh

PENGUMUMAN BUAT KORANG SEMUA,wajib bace!

Salam

Makanya aku disini ingin khabarkan kepada anda semua bahawasanya ada satu blog ni yang korang harus jenguk..eh,wajibbb!

Seriously! takut pun ada nih..adohh..tapi demi kesejahteraan bersama moh la kita ke blog baru ini..bagi sokongan dan usha-usha ape yang patut ehh..^^


Wohahaha,takotnyeeee..ape tah aku takut tak tahu la,dah jenguk?ni la sebab aku busy semenjak dua menjak tiga menjak ni..aku telah bergabung dengan my sista buat online bisnes ini..hehe

So kepada sesape mencari shawl dan pashmina murah boleh la gi usha-usha kat situ yer..sokongan anda amat dihargai..ngeh ngeh..kalau aku buat contest bagi adiah shawl korang suka tak?tapi harap maap pada lelaki yer.kami takde jual songkok atau kopiah la pulak..erk!

Harap semuanya lancar..aminnn...


notakecik : jangan gelak! ini serius! kahkahkah nak gelak jugak :p


Friday, 10 June 2011

SAHABAT

*entry jiwang lagi penuh sastera*
Baru tadi kata busy,dah tetibe nak hupdet pulak..sory yer..:p

SAHABAT
kita tahu dia sayang kita,kita tahu dia take care kita
tapi atas kerana nama sahabat tu,ianya tetap akan menjadi sahabat sampai bila-bila..
kenangan-kenangan lalu hanya mampu buat kita tersenyum,kadang rasa bersalah menggamit diri
maaf sahabat

aku tak sempurna,jauh sekali ingin menjadi idaman malaya,.
aku hanya mampu menjadi diri sendiri pabila berada denganmu,ya..itu memang aku,aku!
gelak tawa,bahasa tubuh yang sukar ditafsirkan,tapi aku selesa,mungkin kau memang betul sahabat aku
bukan mungkin tapi MEMANG

tapi sayang..kita dah tak macam dulu,hanya kita yang tahu kenapa
kau dengan cara kau,aku dengan cara aku
kita dah pun berada di dua laluan yang berbeza

jangan persoalkan lagi kenapa aku tinggalkan kau 'terkontang kanting'
jangan persoalkan kenapa aku lebih memilih dia lebih daripadamu
jangan persoalkan kenapa aku tidak menunggumu dulu
jangan persoalkan kenapa aku pilih jalan hidupku begini
jangan plz..sebab hanya satu jawapan aku
kau SAHABAT sehidup semati ku

dengan status sebagai sahabat
hubungan kita akan selamat,Insyaallah.
namun jika apa yang kau katakan menjadi kenyataan
mungkin itu jalan baru buat KITA










notakecik : untuk sahabatku..harap bahagia selalu.

Thursday, 9 June 2011

Kejarangan berlaku.

Salam..

Ouh..sangat lame tak post pape kan?aishhh, I've benn busy lately,busy ape?haaa adolahh..nanti semua dah selesai or berjalan lancar haruslah aku uar-uar kat korang okeh?

Tapi bukak fesbuk itu perlu,kehkeh..nak hilang stress harus chill bergosip bermereng bersame membe-membe jugak..kan?^^

One more,i will very very demmm busy next time coz i got a job become somebody PA..(boss bace tak ni?saje letak jawatan nak gempak,kuikui)

Kejarangan hupdet akan berlaku selepas ini yer..nasibla aku takde BE macam korang,kalau tak harusla jage traffic kan,huahua..

ADIOS AMIGOS!





notakecik : apeeee pun tak boleh,adehh

Monday, 6 June 2011

Pesanan Ayah dan Mama pada anak gadisnya, Beza?

HARI PERTAMA.....

Trutt truttt, trutt truttt...

Anak : hello..

Ayah :dik, watpe tu?

anak : tengok tv....

ayah : ajak sape tido teman malam ni?

anak : takde tido sorang..

ayah : laa..tido sorang?lampu depan da pasang?

anak : daa...

ayah : nanti bukak lampu blakang dapur skali,lampu tangga pun pasang,gate kat luar tu mangga,ikan bagi makan,blablablablablablablab

anak : =.="



HARI KEDUA

truttt truttttt

anak : emm...

ayah : dik,buat pe?

anak : tido....

ayah : arini ajak kawan tak tido rumah?

anak : tak...sakit perut ni,satu hari tido je..

ayah : laaa...sakit perut?em yela yela..pintu semua dah kunci?

anak : da..

ayah : lampu depan pasang,lampu tangga pasang blablablablabla (mende same) 

anak : krohhhh korohhhh (eh takdelah sampai tetido,kikikiki)


Tak lame lepas tu..

truttt truttt

anak : ye..

mama : dik buat pe?

anak : tengok tv..

mama : sakit perut ye?

anak : aah..

mama : senggugut?

anak : yer..

mama : sapu minyak panas tu

anak : daa..

mama : buat milo panas2 minum,amik kain panas lekap kat perut tu..blablablabla 

anak : ok..



See.korang boleh nampak tak perbezaan pesanan mak dan ayah,dua-dua mementingkan keselamatan anak dia tapi dengan cara yang berlainan.

Ayah pentingkan keselamatan anak gadisnya dengan menitikkan faktor-faktor keselamatan rumah. Menyuruh anak gadis kunci gate,pasang lampu bagai..supaya anak gadisnya selamat berada di rumah.

Mama pulak lebih mementingkan kesihatan anak gadisnya,suruh buat itu ini taknak anak nya sakit,bagi pesanan apa yang perlu dibuat..

Walaupun lain,tapi motifnya tetap sama,risaukan keselmatan anak gadisnya,kan?so,mak ayah korang bagi pesanan macam mane?kalau yang laki tinggal sorang tu nak kene bagi pesanan jugak ke?hee

Itu ler aku,family balik Kuale Pilah tak ikut,gare-gare nak pegi kenduri membe aku,dah terlepas balik kampung..pastu tak jadi pun gi kenduri tu..wuuu~

Eh ehh..korang jangan pelik aku jawab sepatah sepatah camtu, aku kalau sakit perut memang malas bercakap,kehkeh..now dah ok..=.='




notakecik : nak sarapan ape esok ni?roti dah la abes..=.='




Antara 3 k-drama ni,mane aku pilih?

Salam..

Dah lame tak layan drama korea terbaru,latest pun PERSONAL TASTE tapi tu pun da kira lame gak tu..jadi baru-baru ni bukak la dramacrazy.net (kot?) nak carik drama best-best nak layan tengah malam macam dolu-dolu..huhu..

Nak pilih bukan main banyakkk lagi drama cambest,sebelum ni aku buat entry best korean drama ni,ramai bagi respon suruh aku tengok cite itu dan ini,korang boleh tengok kat entry aku tu,mak aih..macam banyak lak dorang ni syorkan,tapi ada 3 drama je yang macam ramai syorkan aku tengok..so antara 3 drama yang bakal aku senarai ni,ce teke aku pilih mane?kuikui


DREAM HIGH 
(paling ramai syor,best gilak dorang kate)


49 DAYS 
(pun dorang kate unik jalan citenye dan best)


SECRET GARDEN 
(pun ramai kate best)




Adohh,dah semua kate best,aku macam tak tahu nak tengok mane?paling mendapat sambutan adalah DREAM HIGH, tapi aku tak pilih cite tu untuk ditengok dulu,tak tahu nape,aku telah memilih 49 DAYS,yeyyyy clap clap sape teke betul..

Just tengok episod satu je..aku dah tertarik dan mende yang tak disangka terjadi..terus melekat,sekarang baru tengok episod 4 je pun..kehkeh.

Drama ini mengisahkan sorang pompuan eksiden sebelum hari perkahwinan die dan koma,tapi dia diberi 49 hari kalau nak terus hidup kene cari 3 titis airmata orang yang menangis betul-betul IKHLAS (selain family) kerana dia,jadi dia ingat mende tu sangat senang sebab dia ramai kawan dan tunang yang sayang dia,tapi dia silap,even bestfriend dia pun tak ikhlas menangis untuk dia,sedih kan??sedih kan?dari situ jugak die tahu tunang die ada affair dengan besfren die sendrik,jadi macam mana dia nak cari 3 titis airmata ikhlas untuk dia terus hidup?wajibla tengok sendrik yer..:p (korang tengok episod satu cukup,pastu decide la nak tengok ke tak)

Pastu aku terpikir macam mane aku plak dalam keadaan tu?ada ke kawan yang menangis ikhlas dari hati? owh...aku sayang kawan aku,tanpa dorang sunyilah hidup aku,even aku tak pandai meluah dan nampak macam tak kisah punye orang,tapi dalam hati aku je tahu macam mane berharga nya sebuah persahabatan..LOVE U ALL lahhhh!!

Tapi lambat la buffing kene tunggu,bikin hati wa panasss je..kalau tak mungkin skang da episod 10,grrr!



notakecik : family balik kampong semalam,malas nye nak masak-masak dengan perut cam gini,adeiii..mamaaaaaaa balik cepattttt.

Sunday, 5 June 2011

Pelik tapi benar


KAHKAHKAH!
comel gilakkk!!



notakecik : mahu kucing sekor,sape mahu bagi?

MIMPI

Tadi mimpi burok lagi
menangis bagai nak rak dalam mimpi
Bangun-bangun aku sedang teresak menangis
Owh..mainan tidur apakah ini..

Kalau mimpi sesuatu,sebaliknya yang akan berlaku,betul ke?
Jadi tadi kalau aku mimpi buruk
Maknanya sesuatu yang baik akan berlaku ke?
.............
Hanya Allah yang tahu..

Aku mimpi apa?
hmmmm..........
Aku mimpi mama ayah aku 'pergi' tinggalkan aku,
sedih kan?
tak...aku tak bersedia nak hadapi dugaan seberat itu lagi..
Ya ALLAH..Kau lindungilah mereka....



notakecik : tersentak lagi pukul 430 a.m, terus ngucap panjang...=.='


Friday, 3 June 2011

HAUNTED PLACE

Salam

Panjang nye tajukkk aihh..semalam malam yang menyeramkan bagi aku,guess what?aku takut sangat sampai tak tidur! sikit lagi je nak bawak bantal pegi bilik mama tidur sama dengan alasan mimpi buruk,konon mimpi buruk,padahal aku gi layan kisah seram kat web ape ek?alamak lupe plak..

Seriously seram,sebab tu semua pengalaman dorang yang betul,mungkin ada yang menipu,tapi cara dorang cerita tu,mak aihh,meremang plak cheq,dorang macam chit chat sesame sendiri je kat situ berdasarkan pengalaman dorang bermalam kat tempat yang sama!!

Ya,sebuah tempat peranginan kat Malaysia ni,di mana sebuah tempat penginapan kat situ memang haunted gila! dorang story in english sebab tu nampak seram kot?antara ayat-ayat yang aku ingat....

"while we cooking at the kitchen then we heard loud noise from the living room,like people play mahjong..when we go check theres nothing! 

"its 3a.m and i couldn't sleep,i heard someone knocking at the door,but i just ignore because i now it was 'something' just want playing with us.

"when i was preparing for breakfast,i left my child playing with her doll at the living room while the rest of the family go out to take the fresh morning air.then i heard my child crying,i go to my child but she keep saying "dont take my doll,dont take my doll" to "someone" i didnt see!

"its creepy when everytime i use the lift it keep stop and open at the floor when no one there!"

"many people say they saw a lady with long hair and white dress without face and leg flying in the middle of night!"

"when we arrive,we put our bags in this room suddenly my child cry looking at the window,we also surprise when see a lady with long hair flying left and right,left and right,my husband then immediately "azan" and the "thing" dissapear"





Ok cukup..sebenarnya banyakkkkk lagi aku baca pengalaman dorang,setiap pengalaman yang diceritakan akan di sokong oleh orang lain,means mende tu bukan sekali je terjadi,ramai pernah kene kalau nginap situ! OMGeeeee,sumpah taknak aku pegi sana!!

Korang nak tahu kat mane?adehh..tak berani nak gitau kang kene saman..hukk!

Tapi ade je yang pegi tak diganggu..just jangan kacau jela mende tu..mungkin tempat tu yang dah lame menyebabkan jadi haunted..huh!

Ayat di atas mungkin tak sama dengan yang asli dan banyak english error,tapi ceritanya sama,abaikan yang error-error tu ye..tu ape yang aku ingat je..english tak power..=.=' kalau aku jumpe web tu aku kongsi dengan korang ok,gerenti meremang!




notakecik : harap malam ni dapat tidur.

Thursday, 2 June 2011

Akhirnyaaa....kami bersatu..

Salam..

Ape?ape jeling-jeling?ape usha-usha?kenape gosok-gosok mata? (ceh,bajet orang perasan jek transformasi ini)kihkih..

Tak la..tengok header kat atas tu..baru ubah,comel tak?hikhik (gelak malu)..punya la berabad niat nak tuka baru kesampaian skang ni..yela..header lame buat sendrik emergency tah macam hape je rupe,ni baru lah ade rupe..yeayy..

Ehhh...bukan aku buat sendrik,korang ingat aku rajin nak edit bagai ni?dah la tak kretip,langsung takde seni la senang cite,=.="  so nak tahu sape buat header aku ni?moh jenguk sini..



Ni la tuan blog yang rajin mengedit header aku nih..3kali tuka okeh,sian kamu..sory ye Encik Bibir Merah..hehe..dia ada buat tempahan header dan harga sangat murah,disebabkan aku customer pertama lagi laaaa murah..heheh.. Siap pun sepantas kilat,so sesape nak menempah boleh la serbu blog beliau dengan kadar segera takut nanti tempahan dah banyak beliau terpaksa tolak tepi,maklumlah nak raya ni,,eh ape kene mengene?erkkk!

Tajuk entry saje gatai nak gempak..kahkah! bersatu dengan header purple lah,bukan dengan tuan blog tu..aippp aippp..dont make kontoversi..hohohh

Haa..sakit mata tak tengok semua purple?kehkeh..nanti aku edit-edit lagi keh..(kalau rajin,hukhukkk!)




notakecik : blog nak buat sesimple boleh,skang ni tak crowded pun kan kan kan?

Owh..kisah apa dah takde DARA?

Salam

Hot kan tajuk?aku gerenti ramai yang dah tahu dan baca blog seorang gadis budak remaja yang mengaku dirinya tiada DARA?aku duk berblogwalking ni terjumpa satu entry kata pasal budak ni,tapi dia tak bagi hint pulak ke blog budak tu,aishh..aku jenjalan lagi..sekali satu blog ni bagi nama dan tajuk entry budak tu,terus laju aku google..erkkk!

Macam tak percaya,budak sekolah je pun..memula baca gila menyampah,tapi berdasarkan reaksi pengomen yang kebanyakkan duk kutuk maki dia balik,aku rase kesian la plak kat dak kecik tuh..aku gerenti dia akan menyesal tak sudah sebab dah pun terlajak publish entry cenggitu.

Dan macam tak percaya aku sudah khatam baca blog dia,omgeeee!! dan melalui post-post die ni mungkin persekitaran dia yang terlampau-lampau sosial menyebabkan dia jadi camtu..baru 14 tahun dik non..katanya di rogol?dan ex nya tu masuk penjara nak tunggu hukuman gantung?=.=' ok fine no komen bout this.

Follower die kau jangan cakap la..setiap kali refresh naik mendadakkk..sayang tak pasang iklan je,kalau tak gerenti masyukk..hukhuk!

Budak-budak sekarang..aishh..sedih nya kalau mak bapak die baca kan?tak payah canang satu dunia kau takda dara..melalui pemerhatian aku,die budak baru nak up..erkk?pepandai je aku..=.='

Jadi korang yang baru tahu ni nak aku bagi link ke entry budak tu ke?tak sanggup aku nyah..pepandai la korang carik,mesti jumpa punya..tak baik bukak aib orang,padahal die dah pun bukak aib sendrik aduh duhh..

Jadilah manusia yang bijak berfikir.



notakecik : siap ada page haters kutuk maki budak ni kat fesbuk,aishhhh hentikanlah....bimbing btol2,bkn duk maki,kalau yg kene adik korang,tak sedih?

Wednesday, 1 June 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Klik banner if u wanna join,nice banner nisa..^^

WOW..korang harusla join GA ni,tengok hadiah-hadiah die,pehhhh..aku tertarik kau memang debommmm!
Jom tengok sape yang sponsor hadiah GA ni..jum3..


see.ramai kan sponsor..hadiah pun banyak,pemenang pun ramai la..untung-untung boleh menang kan..ouh,harap im lucky for this one..huhhh!! fuh fuhhh!



SHWAL for LADIES






Kalau aku jual shwal,

Korang nak beli tak?

^^