kelik kelik

The Gojess ^_^

Saturday, 20 August 2011

100 HARI SEBELUM KEMATIAN

Salam

Subhanallah,Subhanallah...Ya Allah..terdetik kali ni untuk aku bercerita tentang sebuah drama yang baru aku tengok tadi dan drama tersebut sangat sangat sangat sangat menyentuh hati dan perasaan,jauh di lubuk hati terdetik bilakah aku akan MATI ? Ya Allahh.....

Tak tahu kenapa,cerita nya biasa je,tapi plot dan jalan cerita sangat menarik,itupun aku start tengok separuh jalan. start dari 7 hari sebelum kematian,sebelum tu adelah 100 hari,70 hari dan beberapa hari lagi tanda sebelum kematian yang aku termiss..

7hari sebelum kematian,selepas Asar
selera makan seseorang tu akan bertambah dan jadi lain macam.sedangkan sebelum tu makan pun tak lalu.berlaku selepas asar.. Wallahualam.

3hari sebelum kematian, selepas Asar
seseorang yang akan menemui ajal tu terasa dirinya kurang hensem/cantik, hidung semakin jatuh,telinga ke dalam, dahi berlekuk..dan ada lagi tanda-tanda pada wajah dan badan yang tak dapat aku describe kan kat sini,takut salah fakta sebab takut salah ayat.. Wallahuallam.

1hari sebelum kematian, selepas Asar
seseorang tu akan merasa sakit di bahagian belakang ubun-ubun kepalanya..(tanda-tanda malaikat nak cabut nyawa) Wallahualam.

Semua tanda-tanda yang berlaku adalah selepas Asar, sama ada kita sedar atau tidak. Ajal dan maut Allah dah tentukan. Dunia hanya pinjaman,yang kekal akhirat jua.Tapi kenapa manusia sekarang masih lalai dan langsung tidak mahu ingatkan hari akhirat?

Aku cakap macam ni bukan lah makna nya aku baik,perfect, semua cukup. tak. aku juga perlu bagi peringatan kat diri aku sendiri yang bila-bila masa aku akan mati. Wallahualam. tak tahu kenapa,aku tengok drama tu tadi, air mata mencurah-curah ke ladang gandum, tekak perit tahan sedu, hidung merah penuh hingus. teresak-esak sampai memerah muke.. Ya Allah....dalam sekelip mata Kau beri keinsafan kepadaku,sungguh aku malu dengan diri aku Ya Allah..

Aku redha dengan setiap ujianMu Ya Allah..redha sekiranya Engkau mahu menarik nyawaku dalam usia muda ini Ya Allah..tapi aku mohonnn...mohonn...supaya berilah aku kesempatan untuk aku berbakti kepada kedua ibu bapa ku terlebih dahulu. memberi mereka kesenangan dan kebahagian.. sehingga sekarang aku masih terumbang ambing dalam melaksanakan tangunggjawab sebagai anak..mohonn...beri aku kesempatan itu..aminn.









notakecik : tak larat nak menangis dah. tak tahu pada sape nak mengadu. Buka Al-QURAN, alunkan ayat2 suci..moga tenteram hendaknya. mari sama-sama ingat MATI.



No comments: