kelik kelik

The Gojess ^_^

Sunday, 21 August 2011

Misteri PEREMPUAN.

Salam

PEREMPUAN. terlalu banyak rahsia dan misteri alam yang perlu dikaji. Kadang-kadang emosi yang menguasai diri,kadang-kadang apa yang dilakukan perempuan hanya semata-mata nafsu. Tapi tahukah anda, perempuan hatinya sangat halus,sangat mudah rapuh walaupun pada dasarnya beliau nampak seperti seorang yang sangat kuat.

Bila kami(perempuan) kata "takde pape lah", ketahuilah, mesti ada pape yang nak di luah tapi tak kesampaian,mengharapkan sang jejaka tak putus asa dalam mengambil berat akannya. tapi bila kami nekad taknak bercerita tentang apa yang kami simpan, tolong jangan paksa. itu hak kami untuk untuk tidak bercerita kepada anda.

Mahukan anda mengambil berat dan berasa simpati. bila anda tanya " dah makan?" dan dijawab dengan "belum",pls tanya knape tak makan lagi..bla bla bla..kengkadang ada je perempuan suke dilayan ibarat anak-anak kecil. dan sekiranya perempuan itu kata die sedang bersedih, percayalah dia sebenarnya sedang menangis di dalam hati walaupun tidak keluar air matanya.

Suka apabila ada yang memujinya. tak kiralah tentang apa jua. atau lelaki yang perasan perubahan pada diri seorang perempuan menunjukkan anda prihatin dan memerhatikannya. ini boleh membuat kami tersenyum.

Sangat misteri apabila setiap bulan hormon kami tidak akan pernah stabil. di saat ini kami  sedar emosi sangat kucar kacir, antara sedar atau tidak kadang kala kami pasti sengaja atau tak sedar sebenarnya dah melukai hati orang yang di sayangi. saat itu ketahuilah,itu bukan diri kami yang sebenar. hanya emosi yang tidak boleh dikawal semata-mata.







notakecik : bila dah start sayang seseorang tu.akan sayang sampai bila-bila. even dikhianati,susah nak paham apa perempuan nak sebenarnya.


1 comment:

wite roses said...

yeah!! ade yang tertinggai ny.....