kelik kelik

The Gojess ^_^

Thursday, 29 September 2011

new song from BRUNO MARS







listen to dis make me fall in love again..
and now what? i loveeee bruno so muchh
love his song,all his song make me smile..
marry me, count on me, looking to the moon,lazy song, grenade, 
is so far my fav..
sometime i just sing his song if i thinkin of u..like count on me..yup !
n now this song really make me thinking again about us..uhhh !



Sunday, 25 September 2011

Sesuatu yang tak terluah

Salam

Korang pernah tak alami situasi dimana korang nak said something kat seseorang tapi tak terluah or terkata? At the end korang just tukar topik yang tah hape-hape. Aku selalu camni. isk.

Padahal beban dalam hati tak terkata lah..tapi tang nak cakap tu boleh plak tukar fikiran and mende tu tak terucap pon. Penat tau simpan beban camni..erk,apakah?

Ekceli aku memang ada something dalam hati aku yang pada mulanya aku pun tak tahula amende? but at the end aku pun buat la conclusion sendri maybe pasal something ni..and i want somebody to talk to.guess what? i choose him. even i know most of time when i want him to listen to me, he just can't. or its me,who just can't. erk.paham tak?

Tapi tadi aku call die,rase macam nak meluahkan tuh tebal sangat..the first word i said "hello" i cried,what the fish? tapi aku cover,tahukah anda aku seorang yang pandai cover even nangis dalam phone orang tak bole nak perasann?wuuuu..suara aku maintain je..die tanye kenapa semua.aku just cakap " tak ade ape saje je..and tukar topik tanye watpe,katmane semua..waktu cakap tu airmata menitik. die tak notice pun. see ! pandai kan aku cover !

Kawan-kawan? yee..kawan-kawan semua jauh..ekceli lebih best luah kat teman rapat..tapi aku ni bukan jenis senang-senang nak luah kat anybody. mungkin aku akan cerita tapi still mungkin tak abes cerita or masih ada yang terpendam. thats me. lebih suke tanggung sendiri. (kuat la katakannnn....sangat!)

I need shoulder to cry on. somebody? tak puas la nangis sikit-sikit tadi.nak nangis sungguh-sungguh sampai bengkak-bangkak mata. baru puass...best nye la hai kalau bole menangis melalak sambil cite problem kat teman,then teman tu pujuk-pujuk nak tenangkan kite.give their shoulder for me to cry on.. never had that kind of experience.. why?coz i loveeeeee to cry by my self in my room( abes bantal basah =.,=" )




notakecik : ekceli the problem is not that big for me to cry.but still..hurmmm..tahla.


taip petang tadi baru nak publish skang :p

Ikhlas, itu yang perlu.

Kadang-kadang tak tahu nak pilih jalan ape dalam hidup ni..
betul lah aku ni.susah nak memulakan sesuatu,tapi senang nak akhirkan nya..hurm..

tapi lupakan itu semua..aku yakin ada jalan tebaik untuk ku nanti..just sekarang ni..aku sangat addicted untuk terus berbisnes..walau pulangan tak lumayan,walau hanya pulang modal,hanya beberapa yang terjual,tapi dari takde,lebih baik begini..dan sekarang makin meningkat dan meningkat.


saban hari jumlah LIKE makin tinggi..walau baru 3bulan beroperasi.aku bersyukur..ada jugak yang aku berminat dah gembira bila buat sesuatu tu.ya,aku gembira dengan apa yang aku buat sekarang ni...:)

jadi kawan-kawan..jom lah singgah page aku..dan LIKE sekali tau..satu LIKE anda sangat bermakna bagi aku,sebab setiap kali jumlah itu naik,aku kan tersenyum sendirian..puas mungkin? :)



pashmina dan shawl yang aku jual sangat murah..tak dapat harga tu kat tempat lain..seriusss...tak caya? ce check..tak lari la dalam belas-belas ringgit je..even yang bawah rm10 pun ada..sebab apa tak nak jual mahal?sebab ini untuk anda juga..bukan nak kejar untung lumayan semata-mata..kalau kita ikhlas dan gembira dengan apa kita buat.Insyaallah,pulangan yang sikit pun terasa besarnya..:)






notakecik : suke tengok orang lain tersenyum dan gembira.anda suka jugak kan? :p


Sunday, 18 September 2011

Makeup dan Perempuan

Salam

Makeup dan perempuan memang tak dapat dipisahkan,kan? paling koman pun mesti nak berbedak,berlipgloss and whatsoever..serius aku suke tengok perempuan yang tahu cara nak bermakeup ni,tahu dan tak over..berani dan cantek..as for me..aduh,malu je usia dah 22 tahun blusher pun takde. =.="

Bagi aku pakai asas je dah la,bedak n lip balm,tapi kadang-kadang calit jugak la eyeliner yang macam nampak tak nampak jek..eyeshadow? blusher? gincu? maskara? huh,memang tak lah..adei.help me..memang nak sangat pakai tapi macam.erk?tak perlu kot lebih-lebih..huhu.

Dan i now boys pun tak suke perempuan yang makeup tebal-tebal gile kan? tapi pucat sangat pun tak best,betul tak?biasalah kita perempuan naluri nak bercantik tu memang sentiasa ada,just tak tahu,tak reti dan tak pandai je..kalau ade kawan makeupkan aku,aku okay jek.heh

Bukan tak penah ada macam mascara dan gincu tu.tu pun mak tolong belikan,kakak kasi die punye..haha.lawak toi.ok pasni nak kene makeup sikit-sikit..takmo pucat-pucat even ada yang kata natural beauty is better,but sometime we need to be extra berani.lol.




But ekceli ikut tempat jugak la nak makeup ni kan..takkan nak pi pasar nak makeup?huh ! takkan nak pi riadah nak makeup?extra huh! takkan nak pi lepak umah jiran nak makeup? double extra huhhh!

Aku nak beli barang-barang makeup ni?memang tak lah,pow akak aku punye je..kekeke.or suruh die belikan. nak tunggu aku beli sendiri macam kalut je, nak pilih tak reti,lain lah suruh pilih lelaki kacak. err..


  * entry dah taip lame baru nak publish =.="




notakecik : disaat kita berduka,ada yang lebih terseksa jiwa raga nya..bersyukurlah.

Saturday, 17 September 2011

Tak payah pegi wayang tengok HANTU BONCENG,tengok sini je :)

aku dah tengok! 
nasib baik tak tengok lagi kat wayang..hehe
not bad,kelakar la jugak..
jom ramai-ramai tengok kat sini ye..



Kadang-kadang


kadang-kadang terasa diri tak berguna
satu hape pun tak menyumbang kat family,
kadang-kadang terasa diri ni looser
apa yang nak mesti tak dapat,
kadang-kadang terasa diri ni tak dihargai
orang yang disayangi tak peduli ape kita rasa,
kadang-kadang terasa perasaan cemburu
pada sebab-sebab yang tak sepatutnya,
kadang-kadang terasa penat 
berlakon macam takde pape berlaku dalam hidup,
kadang-kadang terasa risau 
akan masa depan yang tak tentu







notakecik : walau luaran nampak cam takde pape...sape lah yang tahu kan..



Thursday, 15 September 2011

1 liter of tears

Salam

Malam tadi satu malam tak tido.menangis memanjang,bila dah penat menangis sampai bengkak dan sembab mata ni, aku cool kejap,dah set kat otak taknak menangis tapi tetibe berderai lagi airmata..isk.

Ni semua gara-gara drama jepun 1 LITER OF TEARS, aku rase baik letak tajuk bergelen-gelen liter of tears lah. drama ni based on true story about a girl yang diserang penyakit yang tak de penawar..apetah nama penyakit tuh. by time,body die tak kan dapat berfungsi lagi,perlahan-lahan kaki dia tak boleh berjalan,perlahan-lahan dia tak boleh bercakap,perlahan-lahan dia tak boleh menulis dengan betul,tak boleh makan..semua anggota die berhenti berfungsi.badan mati. yang hidup hanya minda..

Aku bace komen kat youtube semuanya kate cita yang paling sedih ever,ada yang kata dia menangis tak henti-henti,ada yang kata die sorang susah nangis,but bila tengok drama ni tak boleh nak tahan gak.. so aku pun curious la nak gak tengok kan..hmphhh..memang sah,sampai bengkak mata dan sembab adalah sangat teruk bagi aku k..

Bayangkan sedari episode 1 pun dah emo-emo..tapi watak lelaki dia sangat hensem dan gentle..watak perempuan dia sangat cute dan tabah. in reality,that girl dah pun meninggal pada tahun 1988,bukunya diterbitkan berdasarkan diary yang dia tulis hari-hari masa dia sakit.

Pada usia semuda 15tahun dia sakit,dari ke sekolah normal bertukar ke sekolah for disable person. jalan cerita yang sangat menyayat hati.adehh..taktahu la nak kata ape dah,memang sedih,sebab ni kan true story,aku boleh bayang penderitaan dia..pada usia 25tahun, dia mati.









notakecik : Dah sedih-sedih sampai kering airmata aku.bangun pagi result rayuan pun kuar,then rase nak menangis lagi skali je rase sebab gagal lagi.

Wednesday, 14 September 2011

Count On Me - song and lyric (special to all my friends..)

COUNT ON ME by BRUNO MARS

lets sing together frenn..:)



if u ever find yourself stuck in the middle of the sea
i'll sail the world, to find u
if u find yourself lost in the dark and u can't see
i'll be the light to guide u

we'll find out what we're made of
when we are called to help our friends in need

u can count on me like 1 2 3
i'll be there
and i know when i need it
i can count on u like 4 3 2
and u'll be there
because that's what friends are suppose to do

and if your tossin and your turnin
and u just can't fall asleep
i'll sing a song beside u
and if u ever forget how much u really mean to me
everyday i will remind u

you'll always have my shoulder when u cry
i'll never let go never say goodbye




notakecik : this shows how much i appreciate my fren even i dont know how to tell them.love love love

Kahwin Muda

Salam

Hari Sabtu lepas kan aku pegi 5 rumah terbuke. phewww,naik senak perut aku melantak. Dari Rawang ke Subang,then ke Shah Slam,ke Klang,patah balik Sg Buluh,pegi pulak Puncak Alam.baru la pulang ke Rawang balik..pehh.

Rumah yang terakhir aku pegi tu ialah rumah membe my bf then macam kekok jela sebab ramai yang dah kawen bawak anak bagai,tapi sebenarnye dorang muda je lagi. Ade sorang tu cantek orangnya bawak 2orang anak yang comel tahap gilos tak menahan aku tengok,panggil-panggil dak kecik tu takmo pulak datang.ciskek.

Then aku duduk sebelah bini membe bf aku ni,dah ade sorang anak umur 2tahun,dan tengah mengandung lagi..aku ingat umur die macam 20 something camtula..anak die hensem woo,ade ciri-ciri akan jadi hensem bila besar sebab ayah die pun not bad. then borak-borak dengan bini die baru lah aku tahu she's actually only 19,pehhh...muda gila da kawen bawak anak bagai.

Kuatnya dia dalam usia semuda tu dah jadi isteri,jaga anak,jaga laki..hebatt..lakinya umur dah 30 tapi siyes nampak muda like 20 something je..macam budak-budak duk nyakat aku.cis.

Terfikir aku macam mane kalau aku yang kawen semuda tu?aku rase mase umur aku 19 still macam kanak-kanak riang tahu nak enjoy je..ade time aku borak dengan bini die ni satu soalan yang aku takleh lupe die tanye aku ialah "best belajar?" aku jawab ok je,sebab takut terkecilkan hati die.yela dalam usia semuda tu dan jadi isteri serta emak mesti banyak perkara yang terpaksa dia lepaskan macam sambung belajar ni.

Papepun,aku tahu dari parasnya die seorang yang sangat tabah.semoga keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki dan anak-anak sentiasa sihat.amin.


pic credit to Google



notakecik : tak sedia nak kawen lagi. nak hidup berdikari dulu :)

Tuesday, 13 September 2011

I LOVE YOU dan I MISS YOU hanya sekadar ungkapan

Salam.

hai pembaca gojes sekalian. macam mane hari anda?yang dah start belajar tu okay tak?mesti otak dah beku kan cuti 4bulan..(sebenarnya guwe jeless) ok dah. disebab kan mood yang macam roller coster nih.,terkeluar satu idea untuk membuat entry ini.

Ungkapan I LOVE U, I MISS U yang korang selalu ucapkan kat bf/gf korang tu,adakah korang benar-benar maksudkan or dah jadi rutin harian untuk korang ungkapkan perkataan tu sebelum tido,dah abis gayut,dalam mesej dan bla bla bla? siyes tak best dah jadinye ayat tu bile dah selalu sangat disebut,kan? bukan tak best ape,tapi dah jadi tak berapa nak bermakna.




Ade pulak kes dimana bila dah selalu sangat sebut, bila terlupe nak sebut then bole jadi pergaduhan besar plak,or jadi macam pelik kenapa si pasangan tak sebut.adei kelakar lah korang nih. si gf yang pelik pun berkata, "nape semalam u tak cakap i love u kat i hahh?u ade pompuan lain ekk?" what the fish is this? kesian bf tu.haha.

Ade pulak sebelum tido akan call dulu dan ucap "i love u sayanggg,i miss uuuu" dan di balas balik yang same,everyday okay ! fuhh,jadi mane pegi nilai estetika keromantikan ungkapan tersebut?bila dah sebut hari hari,korang rase tak ape yang korang sebut tu?betul ke time tu korang tengah miss pasangan korang tuh?betul ke time tu korang tengah in love..mungkin ye,dan mungkin jugak tidak kan.korang just ungkap sebab dah jadi rutin kene sebut.



Jadi kawan-kawan,pilihlah waktu yang sesuai untuk di ungkapkan perkataan keramat tu. dimana bila korang betul betul betullll rindu pasangan korang or bila korang terasaaa sangat nak die tahu korang cintakan die. yes ! thats the time ! korang akan rase something menusuk jiwa dan pasangan akan rase istimewa nya tu. like seriously, both of u can feel it.

Bercinta memang manis di awal-awal nye..tapi bila dah lama sangat bole jadi hambar,rite? so pepandai la kita nak warna-warnikan balik alam percintaan kita tu macam waktu dulu-dulu. sebab i know,ramai yang cepat bosan,kan? dont pls..just syukuri jika dia yang terbaik. sekian.



notakecik : asik cite pasal diri je,kang korang bosan.so cite pasal pendapat aku tentang ni.heh.

Saturday, 10 September 2011

Kumpul memori sebanyak mungkin bersama mereka

kalau boleh hari-hari nak jumpe membe dan lepak bersame mereka
sebab hilang stress tau.serius. bergelak ketawa bersama,walaupun ada musibah,ketawa tetap ketawa.
lepas ni masing-masing berjauhan,buat haluan sendiri,sambung belajar.kerja,kawen,tunang bla bla bla..

kawan.nilai nye memang tak ternilai lah. dengan mereka la kita bergelak,bersedih,berkongsi cerita, melalui hari-hari indah bersama. wahhh..rindu rindu dengan semua kawan-kawan. i wish i can spent my day,all my day with my fren.

pelik kan?patut wish nk besame n spent time dengan bf but i prefer my fren.like seriously yeay. love them.

lain tau keluar dengan membe kemceng dan bf. kalau dengan bf stil bergelak ketawa tapi dalam suasana yang lain. dengan membe bergurau senda dan ragam sorang-sorang yang gegile kita layan memang best. sangat happening. stress pun takde walau hilang henpon.langsung lupe aku hilang henpon.haha

jadi kepada semua,berkawan la,berkawan biar seribu.jangan sebab kita dah bercouple/tunang,kita asik dengan pasanagan kita je.lupe kawan-kawan.all the time nak berkepit..no no no,thats not right. sebab dalam masa kita tak terikat ni lah kita boleh bebas berjalan,bebas keluar dengan kawan..kumpul sebanyak mungkin memori dengan rakan anda.sebab mungkin satu saat tiba-tiba rakan anda tu tiada lagi disisi.







notakecik : anda prefer spent time dengan rakan or pasangan? what. family? gudddd....family the best ! :)

Friday, 9 September 2011

selamat tinggal henpon chomel

Salam..

hikhikhik,hakhak..macam takde pape walau hilang henpon time keluar tadi..aku rase tercicir mase naik tekssi lar,then da dalam ktm baru sedar takde henpon dalam beg. =.='

the funny things is bile aku sedar henpon aku takde,dua orang kawan aku yang duduk kiri dan kanan aku yang gabra..aku cakap la ce call no tuh,and memang takde bunyi ringing kat aku so memang sah hilang lah..and the best thing is no plat teksi tak ingat dan tak cam pemandu.oh yeah..kalau pemandu die simpan takpe,kalau the next customer yang tibai,memang dah selamat lah..

pastu one of my fren cakap camni "nad macam takde pape je hilang henpon?" yeah,that time memang takde reaction kat muke aku siap bole gelak-gelak lagi..haha. i dont know why. but i said back to her "tak kan nak melalak plak kan" haha. tak best jugak kan kita baru nak keluar dengan kawan-kawan nak chill but kite asik cakap pasal henpon yang hilang and buat muke sedih,what the point..membe pun bole bosan, so in a minute i forget about my phone and had fun with my fren..yey :)

we watched Colombia,we eat sizzling mee, we had some Tutti Frutti, but most of all we take a lottttttttt of pitcha..haha. that what gurls love to do,ngehh

btw, henfon yang hilang tu actually not mine,its my bf phone,so i call him via publicphone to inform him that his phone was missing, and he's like "confirm?" haha..i said "confirm..."  and i said sorry then he replied "no hal lah.." haha, see.macam mane aku bole cool dan tak risau,my bf pun tak kesah. :p langsung tak marah,dan tak tanye macam polis pun,that why i love him. <3.

he asked me to buy new number but aku rase nak hold dulu la..bialah takyah pakai henpon sat..pakai je number my mum n dad..(sebenarnye nak suruh dia belikan no baru..kekek) even memang sayang no lame tu tapi nak buat sim baru no same rm30 kot..so better beli je sim baru yang rm8.80..:p


henpon aku yang hilang tuh,henpon murah je kot sebab tu tak nangis bagai kot?ce kalau iphone yang hilang?haaaaaaaaa satu donia dengar kau melalak.haha





notakecik : mungkin arini okay je..sok luse panas punggung takde henfon ditangan.hahaaaaa

Monday, 5 September 2011

Di sebalik kemeriahan hari raya

Disebalik kemeriahan hari raya
terselit sebuah kisah duka yg melanda hati
kisah yang tak perlu di kongsikan
tapi terasa beban menyimpan di lubuk hati

sebuah kisah antara aku, kau dan dia
antara dia,kamu dan aku
sebuah kisah yang belum terungkai
sebuah kisah yang belum berkesudahan




perit hati masihku boleh menahan
tapi sampai bila?
sakit hati masihku boleh bersuka ria
tapi sampai bila?
jiwa menderita masihku tersenyum indah
tapi sampai bila?

bagai disentap, dirobek, disiat sekiranya itu benar terjadi
benar berlaku,
benar menjadi kenyataan dihadapan ku
saat itu sanggup aku menoktahkan semuanya
sanggup aku tinggalkan semuanya
sanggup aku terima hakikatnya

walau berat
walau sakit
walau terguris hati ini

membayangkan dan memikirnya sahaja buatku berlinangan airmata
bukan aku wanita rapuh yang mudah mengalirkan airmata
sebab aku cukup kuatlah aku terpaksa menelan segala duka








notakecik : minta petunjukMu Ya Allah..


see,i'll be back when my heart feeling sad,grrrr