kelik kelik

The Gojess ^_^

Monday, 24 October 2011

Penerimaan Family 'Si Dia' Terhadap Kamu?

Salam

Agagagaga..senangnya dalam hati bila rasa diterimai..eh?ape punye diterimai? :P

Since tangan dah mula menaip ni kan,nak tanye lah korang-korang semua yang bercinta cintun tintun bagai ni..macam mane penerimaan family korang or family pasangan korang terhadap korang?

Setengah pasangan ada yang tak bagitahu pun family pasal gf/bf dorang pun kan..kenapa? mungkin sebab maluuu or tak suke cakap hal personal dengan family.dan ada jugak yang terlebih-lebih cakap sampai perkenalkan lagi..bagus la camni kan..

Dan lebih bestnya kalau dapat family yang sporting morting..fuhh..takde langsung rase kekok even ekceli korang ni pemalu la bagai.

Tapi macam mane dengan family yang tak berapa nak sporting dan tak suka anaknya kapel-kapel ni?layan kamu macam nak tak nak je..haa..sedih kan?bila family bf/gf layan kamu macam nak tak nak je mungkin ada dua sebab. PERTAMA,mereka tak reti nak tunjuk kemesraan/nak perhati gaya kamu dulu. KEDUA,memang tak suka kamu/sebab-sebab lain.

Tapi bila dah jadi macam tu, ALLAH maha mengetahui,dan MASA kan ada untuk kita memperbaiki. Dont be so down,dan pastinya ada lagi yang lebih sedih dari kamu.

Selalunya family lelaki lagi senang nak menerima si gadis yang diperkenalkan oleh anak mereka,betul tak? memang aku dah survey ni,rata-rata kawan-kawan aku yang bercinta cintun,belah lelaki lagi senang nak menerima gf anak lelaki  mereka. Apsal tah la ek?

Pastu bukan main mesra alam macam dah sah jadi menantu..uii..untungla..tapi ada jugak family belah perempuan yang senang menerima,aku tak kata semuanya..




Whatever it is..semua tu bole jadi pengalaman even tak menjadi pun hubungan korang tuh..tapi bila korang dan family si dia dah terlalu rapattttt..mungkin menjadi salah satu faktor hubungan korang susah nak putus sebab taknak family kecewa walaupun hubungan korang dah dilanda badai. like seriously, sanggup korang pertahankan sebab mak bapak korang dah berkenan sangat dengan pilihan yang diperkenalkan tu..then what to do? hmm...lu pikis la sendiri

So,ade tak pengalaman menarik korang masa first time di perkenalkan dengan family si dia? mesti lucu kan? sememangnya mana-mana pengalaman pertama akan kita ingat sampai bila-bila. :)





oh ya, ade SALE gila-gila bagi perempuan yang minat dengan shawl dah pashmina dekat SINI :)




notakecik : aku skema tak arini?

Thursday, 20 October 2011

Maaf,aku termimpi Blogger nih :p

Sile lah percaya apa yang aku mimpi nih..silalah silalahh..

Aku sendrik tak pecaya dan masih.."aihh??betul ka nih?" kehkeh

Ya,aku telah termimpi seorang blogger femes amos yang pastinya korang akan kenal punye lah..nak tahu sape?haaa. jeng jeng jenggggggggg...orangnye adalah pemilk blog http://zackzukhairi.blogspot.com/ .. agagagaga..



Tak tahu ape perasaan aku ni nak bangge ke nak pelik..macam mane aku boleh termimpi blogger ni yang aku tak kenal pun?heh..ade yang jeles tak aku mimpi abang zack ni?:p

Ekceli best jugak kalau dapat mimpi blogger ni.. MR.K , kenal tak? pemilik blog http://theotherkhairul.blogspot.com/ . yeee...sebab aku minat benau la tulisan die yang suke kutuk pompuan tuh..hampes... tapi dalam kutuk-kutuk ade benar kot kadang-kadang :p . Mr.k ni sangat misteri,taknak pun tunjuk muka beliau..nak jugak tengok kan..sebab tu aku harap boleh mimpi die ke..kehkeh

Tak kisah la mimpi siape tapi tu semua mainan tidur je ye tak? yang baik kita ingat-ingat kan,yang buruk kita lupa-lupakan..ngehh


maaf,sy termimpi anda bersms dgn saya dan kita bakal keluar dating. sekian





notakecik : lame nyeeeee abang zack tak update?why sayang whyy??hahaha *tembak diri sendri

Tuesday, 18 October 2011

Dimana Perasaan anda??

Aku dah kate...jangan tengok...jangan tengokkk..degil nak jugak tengokk..

Kan beberapa hari ni hangat dengan klip video seorang budak kene langgar 2kali kat china tapi orang ramai yang lalu lalang ignore je macam nampak sampah di postkan kat youtube dan facebook..

Sumpah memang dalam hati aku taknak tengok video macam ni. Aku tak suke aku tak sanggup..kalau bab-bab menyayat hati camni,kes dera ke,bunuh baby ke,pijak kucing ke..memang aku tak suke nak tengok. Jiwa aku ni cepat luruh tengok mende-mende camtu.nampak je takde perasaan aku nih.tapiii...amek kau. SEBAK !!

Terklik jugak tadi dan tertengok budak perempuan tu kene langgar, macam tu aje? orang lalu lalang tu takde perasaan ke? kalau taknak bawak gi hospital pun sekurang-kurangnya boleh call ambulans or polis kan..kenapa ek dengan masyarakat kat situ? langsung taknak bertanggungjawab !




Sedih sangat dengan keadaan dunia ni..macam-macam..terbaru pelajar 16tahun bunuh bayi yang baru dilahirkan dengan mengelar baby tu sampai terkeluar isi perut. Gambar tu lagilah aku tak boleh nak pandang !

Ya Allah.....dimana perasaan belas sesama makhluk??






notakecik : terus hati rase sakit hati lepas tengok video tuh..tak tenang dan takut dengan dunia !!

Monday, 17 October 2011

Fantasi Perempuan tentang Lelaki Idaman

Salam

PEREMPUAN dan fantasi memang tak dapat dipisah kan. FANTASI ape? oh itu mudah saja,fantasi tentang bf or husben or lelaki kesayangan mereka bersikap gentleman macam hero dalam citer korea dan jepun.. =.="

Memang kalau tengok cite korea or jepun ni hero die...mak aih bukan main sweetttt da vavavoom la kan. dah la cute hensem bagai,pastu sweet romantik gentleman pulak.perempuan mane tak cair doii?

Ok kite tengok situasi-situasi yang membuatkan perempuan terpikattt :

SITUASI 1  : Sedang hero dan heroin berjalan berpimpin tangan di taman bunga selepas jogging, tali kasut heroin ni terbukak..hah korang mestilah boleh bayang ape hero die buat kann? hero melutut dan ikatkan tali kasut heroin..ouchhh oohhh... HAKIKATnya : "awak tali kasut awak terbukak " kata bf kepada gf nya lalu menunggu gf ikat tali kasut. =,='

SITUASI 2 : Heroin demam tak sihat,lalu si hero berlari dari rumahnya ke rumah heroin sambil membawa ubat,bersungguh-sungguh ni lari laju-laju. erk,kalau kat sini nak lari celah mane?lari lalu highway?kehkeh..rumah dekat boleh lah..ni aku tak paham cite korea jepun mesti ade lari-lari..urgh !

SITUASI 3 : Heroin terpaksa pergi meninggalkan hero atas halangan keluarga,bla bla bla..naik tren atau bus,dan sekali lagi si hero berlari bersungguh-sungguh mengejar bus atau tren yang sedang bergerak.kalau lagu background sedih memang tangkap leleh jugak lah. TETAPI adakah lelaki melayu ada nak buat cenggini?pehhh kalau ade berlaku aku respek la..kehkeh..lawak kot...dalam movie aku bole lah terima. :p

SITUASI 4 : Heroin terkejar-kejar jalan lelaju sekali terjatuh dan terseliuh kaki (ni biase sangat dah berlaku dalam cite korea) lalu si hero tanpa menunggu sepatah kata daripada heroin terus mengangkat atau mengendong heroin JALAN KAKI  sampai depan rumah. HAKIKATnya : kat malaysia kalau buat camtu mahu kene tibai dengan bapak, orang pandang slekkk je..takpun kene marah dengan bf  "tu lahh,jalan tu betul-betul la sikit" sambil pimpin tangan je bawak gf die..=.="

Dan macam-macam lagi situasi yang membuatkan perempuan di Malaysia kian terpengaruh dan mengharapkan lelaki Malaysia juga begitu..namun namun..toksah nak berangan la derr..seciputt je kot laki camtu kat Malaysia,untunglaaaa sape dapat lelaki romantik sweet gentleman...ouhhh *jeles




Ekceli malam tadi aku baru tengok drama jepun bertajuk KAIZORA(sky of love), lepas tengok baru aku perasan aku dah pernah tengok rupanya tapi dalam version movie..takpelah aku tengok kan jugak sebab i know this story superb. Then ada beberapa scene yang alahai... aku tersenyum sendiri..

SCENE 1 : Heroin bagitahu hero yang die mengandungkan anak hero tu. suddenly hero bangun dan lari tinggalkan heroin seorang diri kat restoran tu.(mereka masih bersekolah) . heroin yang kecewa sangat sedih dengan penerimaan hero,setelah beberapa minit heroin pun bersedia nak tinggalkan restoran tu then,si hero tetibe datang balik sambil tercungap-cungap dan menunjukkan stokin bayi yang baru dibelinya sambil tersenyum..heroin tak sangka sebegini happy penerimaan si hero sampaikan terus beli stokin bayi. In reality?tak de maknonyo bf anda akan buat begitu..taknak die bertanggungjawab takpun suruh gugurkan.sungguh hina penerimaan macam ni.

Cara si hero protect heroin pun sangat membuatkan perempuan nak bf macam dia jugak.. ayat-ayat seperti "dont disturb my girl !!" , "i will protect my girl no matter what" , "i want to marry u and build our family together" bla bla bla dan bla.. sangat laaaaa menggangu benak si gadis yang jugak mahukan lelaki yang boleh protect die macam hero ni tadi..


sweet adegan ni.. "your besday present" sambil buat tangan camtu kearah langit biru..peh pehhh

Adegan ni pun sweet..bonceng basikal sesame pegi sekolah...ouhh hirooo..(nama watak hero dalam ni)



Adehhh..kesimpulannya..story is story,movie is movie,drama is drama..tak yah nak berfantasi sangat la bf korang seromantik lelaki korea dan jepun..uhhh !


Bersyukurjelah dengan ape yang ada dan dapat ye tak? mintak lebih-lebih kang terus tak dapat pape baru tahu. Tapi memang ade je lelaki sweet ni wujud kat Malaysia,,ok sape lelaki sweet romantik ngaku cepat ! jom dating ! kehkeh





 notakecik : tak romantik pun takpe,asal take care sikit dah lah. kan? :)

Sunday, 16 October 2011

Kenapa lelaki walaupun dah ade GF suke flirt dengan awek lain??

Kenapa ek?

eh lupe bagi salam..salam semua..ok dah.

LELAKI. mane cukup satu kan? kalau boleh simpan dua tiga empat lima enam belas buat ape buang satu right? lelaki camni adalah yang jenis nakal,dan maybe nak test market..cakap kat orang or awek2 lain takde gf, tapi sebenarnya semua orang pun dah tahu.

Dan sebenarnya dorang flirt just untuk suke-suke..alah gf yang betul simpan la baik-baik..tapi ngade nak test awek sane sini. Dorang memang sayang sangat kat gf dorang tu tapi tulah tak paham..still nak gatal-gatal.

Ekceli mereka ni sangat sayangkan gf sendiri even gf dah tahu perangai buruk dorang tu dan mintak break ke ape ke..but still dorang taknak lepaskan gf kesayangan dorang tuh..betul lah orang kate.." walau seplayboy mane pun sorang lelaki tu,akan ade seorang perempuan je yang dicintai."

Tapi ade ke perempuan yang tahan dengan lelaki macam ni ye? belakang korang bf korang tu gi usha-usha gadis lain..pehh..kalau aku dah menanah hati dah. Tapi aku ni pelik, kalau lah aku diperlaku kan begitu kan..aku biarkan je..malas layan.KECUALI yang die try tu terlalu COMEL bagi aku,kehkeh..

Ala lelaki kot..walau dorang sayang sangat kat gf,tunang,bini tapi still mata menjalar,dalam hati terdetik "cun nye awek ni", body awek mantop sikit mula memuja, awek kasi green light ape lagi korang tunggu kan, main-main mata dengan awek tah sape-sape tu biase,kadang-kadang dengan membe sendiri pun bertepuk tampar, apa lah? lelaki is lelaki. ataupun adakah aku salah? mungkin tak semua but stillllll....hmmm..ala lelaki kott...hukhuk jangan marah cik abang,




So lelaki yang terbaca entry aku ni..betul tak betul tak??tak baek tipu,dosaaa...:P





notakecik : sebaik-baik lelaki adalah mereka yang tahu membimbing gadis kesayangan ke arah kebaikan.

Saturday, 15 October 2011

Friendship Quates

















FRIENDSHIP IS JUST LIKE THE STAR
U'RE NOT ALWAYS SEE THEM
BUT YOU KNOW THEY ALWAYS BE THERE..






THANKZ




Friday, 14 October 2011

Tiada Isteri sehebat dikau

´Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Di
a memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

breast breast... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

































Sumber adalah daripada SINI







Monday, 10 October 2011

Plupp plupp plupp..bunyi terjatuh tangga =.='

Kejadian dirumah aku yang buat aku tergelak..hampeh tol..dengarkan dialog antara adik aku dan mama aku.


adik : ma,tadi kan nurul jatuh tangga kat sekolah tergolek macam ni..plup plupp plupp (siap buat bunyi yang aku tak tahan tuh)


mama : laa..abis tu ade orang tolong tak?


adik : takde.kene gelak je. =.="


Haha..nasib ko la dik..kalau jatuh bangun sendiri.even kawan pun tolong gelak je mampu..:p
masa adik aku buat bunyi plup plup plupp (melambangkan die tergolek kat tangga bertingkat-tingkat) aku sehabis boleh tahan gelak sebab tengah kunyah ape tah..kureng asam.





notakecik : rase tak sedap ati dah hilang..timbul eksaited pulak..kekekke

Happy vs Tak sedap hati

Salam

Semalam adalah hari yang paling bahgia..happy sangat walau sekejapp..betul betul betul dapat layanan yang baik dan selesa dari pihak orang tu..tak rase terpinggir langsung dalam ramai-ramai tu.tak rase segan silu dah..semua layan aku dengan baik..bersyukur sangat..thankz tauu..:)

Tapi tapi...arini... kenape kenape kenapee..uhh? rase sangat la tak sedap hati nye..Allah jela yang tahu..betapa berat hati,tak sedap hatinye aku..mungkinkah sebab dah 10hb Oktober?? oh tidakkkk..tak mungkin sebab tu je..mesti ade sebab lain nih..

Penat memikirkan nya lah haii..mungkin jugak la stress sebab tak prepare pape for this coming annyversary,hukk..gilaaa! eh yeke?padahal tahun-tahun sebelum relax je tak prepare pape? mesti ade sebab lain ni..okay-okay..nak pikir terus pikir sampai besok apela yang tak sedap bebeno hati nih..doa banyak-banyak la bukan mende bukan-bukan.




notakecik : maaf entry tak de motif

Wednesday, 5 October 2011

AKU LESBIAN ?

Salam..

Sekali lagi tajuk nak gempak. aiyark !

Ade ciri-ciri lesbo ke aku ni? hampeh tol la..tapi best jugak duk nyakat orang tu..kihkih

Al kisah nye begini,aku ade kenal dengan sorang mamat ni kat fesbuk..chat-chat biase jela,then lelame die ajak couple plak..aku ckp la aku da ade bf,die bole tak pecaya..aku tanye nape tak pecaya? then die jawab " dalam fb awak tak de pun pic dengan bf or mane-mane lelaki?" wahahah ! perlu ke?

Aku kate tak penting kot nak letak,sebab fb adalah personal life aku.even fb bf pun aku tak amik tahu.die tak caye gak...so aku lantak kan jela..tapi still kawan..sambil-sambil tu die duk ayat aku..ala bese la pompuan sonok kot kene ayat..haha.tapi hati aku bukan senang-senang nak jatuh hati.

Then da lame sikit die mintak couple lagi..die kate dengan aku je ade feel,dengan pompuan lain takde feel sebab die da cube..haha ayat kau. aku cakap takmo..pastu kan die kate gini "awak ni lesbian ek?" wahahaha. gelak besar kot aku,siyes this is 1st time aku terima ayat camni..kalau tengok komen-komen kat status fb aku memang aku suke bersayang-sayang dengan kawan-kawan rapat aku..no big deal kan? biase je tuh..tapi mungkin pelik bagi lelaki..kehkeh

Then aku iyekan aje..malas kot layan..die siap mintak pic aku dengan bf aku lagi sebagai bukti,wahaha tak menahan nak bukti bagai..helloooo..so what aku lesbo ke kan? aku memang sayang kawan-kawan perempuan aku macam sayang bf..kehkeh




So skang tak kisah la dalam pikiran die aku ni lesbo ke tak.ape aku kisah? hukkkk




notakecik : haruslah sayang kawan-kawan dulu kannn..:)

FOBIA !!

Salam

Kali ni nak cite pasal fobia pulak..masing-masing paham kan maksud fobia? fobia macam trauma or takutkan something..dan aku pasti majoriti mesti ade mende yang korang fobia kan?

Macam aku fobia nye dah kronik ke tak tak tahulah aku..but setiap kali nampak lipas meremang bulu roma..rase tak selamat ! huhh..yelah dengan bau die yang busuk tu..memang tak lah aku nak dekat.. Pernah sekali tu ade lipas kat langsir bilik aku,aku perasan pun sebab rase meremang dengan tiba-tiba..hahah macam hape ! dah la da lewat malam..kul2pagi tak silap..aku nak tido mestilah tak aman kan..kot-kot lipas tu main terbang-terbang.

Cari ridsect tak jumpe,nak kejut ayah tak sanggup sebab tengok memang tengah sedap betul lena,last-last aku just duk menyangkung dongak mengadap lipas tu..tak bagi die lari..yela..kot-kot die masuk celah katil lagi 14hari aku tak tido bilik.pheww..

Hampir sejam la aku camtu..lipas tu tido kot,at last tak tahan sangat aku kejut ayah aku suruh ketuk..arghhh..dan setiap kali ade lipas memang aku akan panggil ayah aku..kuikui..macam mane lah aku tanpa ayah?haha..

Setiap orang yang fobia ni mesti die ade kenangan pahit tentangnya kan..macam membe aku die fobia kucing..aih..kucing punyelah comel die bole duk jerit pulak..sebab ape?kenangan waktu kecik yang die cerita die terpijak anak kucing yang baru lahir dan kucing itu mati..so sampai sekarang die macam tak boleh tengok kucing..kesiann..

Dan aku seingat aku dulu waktu kecik jugak aku tengah story telling depan parent aku sekali ade lipas melintas atas kaki aku..bayangkan kite tengah berdiri tegak then lipas tu lalu atas kaki kanan kita,turun dan kemudian naik dan lalu atas kaki kiri kita pulak dan selambe pergi..aku pulak bole tak perasan..dah abes lipas tu melintas baru sedar dan duk jerit-jerit satu umah !!

Tapi aku tak pernah bagitahu sesape hal ni..sebab ape?takut dorang lagi main-mainkan aku dengan lipas..so ape aku buat? aku cool je bile nampak lipas..padahal dalam hati dah gabra..seriuss kawan-kawan aku tak dapat kesan tahap kephobian aku nih..kihkih..bijak kan aku?

Tapi hari ni aku dah reveal la..so kawan-kawan aku yang bace harap jangan la bagi adiah besday lipas ye kat aku kalo taknak putus kawan..haha





notakecik : tak sanggup nak google image gambar lipas letak kat entry ni..kuman ! kuman !!

Tuesday, 4 October 2011

Kenapa Perempuan lebih mudah tertarik dengan lelaki yang berimage "BAD BOYS"?

Salam..

Wah tajuk gempak je nih..tapi memang betul kan?bukan lah nak kate semua tapi majoriti nye kalau tanye perempuan ni.lagi-lagi kalau dalam usia muda,mesti dorang bersetuju..kannn...??:p

Berimage "bad boys" ni bukan lah bermakne dorang mencuri merompak amik dadah segala..kalau zaman sekolah or kolej boleh jugak dipanggil nakal..dan nakal tu la yang pompuan suke tahukk..bayangkan ade dua orang lelaki nak ngorat anda,yang sorang tu bukan main baik,alim,ngadap buku je,bijak,bercakap pun gune hadis (erk), memang tak sosial lah, and the other one,nakal,suke mengusik,kelakar pulak,style je lebih tapi hape pun takde,suke bergaul,ade minat tersendiri and ofcoz la perempuan akan tertarik yang nakal tadi kan? sebab ape? sebab die dah ade personaliti yang menarik minat si perempuan tuh.ya !

Lelaki yang baik tadi macam mane? mungkin si perempuan lebih selesa untuk berkawan atau mintak tunjuk ajar berkenaan pelajaran..kan? kalau nak kate minat dan tertarik,sure la si lelaki yang berimage bad boys jadi pilihan..entahlah kenape mereka terpilih kan? bertuah sungguh la.

Tapi bukan lah aku kate semua perempuan macam ni..akan ade yang lebih suka mendekati lelaki berimage baik ni..just yang berimage bad boys ni personaliti die terserlah dan senang buat orang suke mahupun menyampah.ala,mula-mula menyampah lame- lame sayang ye tak? :p

Pada pendapat aku sendiri pula,ye kot? aku pun lebih gemar (eceh tak tahan) lelaki yang konon nye nakal ni,padahal die baik hati dan berperasaan..dah kenal baru la kte tahu..dan semestinye tak cepat bosan..almaklum aku ni cepat bosan jugak la..sebab tu cari yang nakal so bile die buat hal bole aku marah...kihkih. Yang penting bole buat aku gelak dah la..:)





Kesimpulannye terpulang kat perempuan sebenarnye..huhu..yang lelaki cube ingat balik zaman anda memikat dulu,sebagai watak ape? bad boys or good boys? senang tak dapat awek tuh? kihkih..memasing ade kelebihan tersendiri..pakai jela selagi mampu :)





notakecik : tapi bila dah tua-tua nak kawen ni,senang pilih good boys..mak bapak pun sukee..erk

Monday, 3 October 2011

REVIEW : BINI-BINIKU GENGSTER

Salam..

Aku dah tengok movie nih..pesal tah aku tengok..ni sume aku asik kalah one two som la nih..sebelum ni kalah jugak pastu terpaksa tengok RAYA TAK JADI lakonan apek dengan Johan tu..tah pape kan?huuu

Sebelum ni nak tengok JOHNNY ENGLISH,tapi one two som kalah,kene tengok raya tak jadi..nasib kelakar cite nih.pastu semalam,kalah lagi one two som,aku nak tengok FRIGHT NIGHT,tapi kene tengok BINI-BINIKU GENGSTER,,pheww,,...

Bukan lah aku tak sokong industri filem melayu kite nih..tapi kan.kejap je dah keluar kat ASTRO,macam rugi pun ade..belum sampai sebulan tayang dah kuar kat ASTRO FIRST,tak pun kalau sabar sikit raya tahun depan mesti ade..tu la masalahnye dan buat aku malas tengok filem melayu kat panggung.

Tapi so far,cite BINI-BINIKU GENGSTER aku bagi 4.5 bintang.banyak kan?haaa..sebab best dan kelakar dan meletup..ade pulak yana shamsudin yang cumil tu..lagi la aku suke. pastu adegan bertarung yana lagi menyerlah dari intan ladyana..sweet sangat shaheizy sam dalam ni..poyo dan buat aku gelak and rase geram lak..haha

Mungkin ade yang kate movie ni macam movie korea or chinease skit,so what la kan?still best untuk ditonton..otai gile yana shamsudin dalam ni..gengster paling berpengaruh..haha.memang banyak adegan kelakar,ditambah adegan lawan-lawan, dan adegan dungu plus poyo shaheizy sam..:p





So sape tak tengok lagi aku rase tak rugi kot nak tengok..untuk gelak-gelak hilang tension..:)




notakecik : tunggu twilight breaking down dengan sabar..harap tak kalah one two som lagi..huhhh!