kelik kelik

The Gojess ^_^

Friday, 5 July 2013

PART 3...(Dia Suami Aku!??!)

Yanie dengar ayam berkokok..perlahan-lahan dibuka matanya. Pening kepale Yanie pabila sedar daripada pengsan..dipegang kepalanye..

"adui...sakitnya .."..berkerut-kerut kening dan dahi Yanie.

Diingat kejadian yang berlaku sebelum die tak sedar diri..*hmm..aku mimpi kot..dasyat nya mimpi aku..bisik Yanie dalam hati..

"dah sedar?" sapa satu suara dari arah pintu bilik.

"Farish???!!!" membulat mata Yanie pandang Farish..*makanya aku bukan mimpi,hakikatnya aku dah kahwin dengan mamat ni,realitinya aku isteri dia???* Sempat pulak Yanie berfikir..

"ye sayang,kenapa?macam nampak hantu aje?" Farish bersuara sambil cuba menahan tawa melihat reaksi muka Yanie.

"jangan panggil aku sayang ! kau tak layak jadi suami aku. " Yanie bersuara dalam nada geram namun masih mampu mengawal volume suaranya,takut-takut ibu dan saudara mara Yanie dengar.

Saat ini mahu saja dilontar apa sahaja barang yang ade depan mata ke arah Farish,memang dasar lelaki tak tahu malu..tapi saat tu yang ada depan Yanie hanyalah bantal..erk?nak baling bantal ke?tak cukup ganas pulak..

"nak air tak?nah.." Farish cuba mengawal situasi dengan menghulurkan segelas air masak yang dipegangnye sedari tadi lagi.

Makin sakit pulak hati Yanie tengok keslamberan Farish.

"ah,kau jangan nak buat baik kat......" belum sempat Yanie menyudahkan ayat nya,mulut Yanie ditutup oleh tangan Farish.Bulat mata Yanie pandang Farish. Segera ditepisnya tangan sasa Farish.

"syuhhhh..jangan kuat-kuat,kang mak dan saudara sayang dengar nanti.." kata Farish sambil tangannya yang ditepis Yanie tu digosok-gosok..

"jangan panggil aku sayy......" cuppp satu ciuman singgah sebelum sempat Yanie menyudahkan ayatnya sekali lagi..singgah kat mane?kat pipi jela..

"sekali sayang bahasakan diri kita aku dan engkau,jangan salahkan saya kalau kena cium ek..kalau tak nak kene cium panggil  la abang dan sayang ke,papa mama ke,kanda dinda ke..tak pun pakaila saya dan awak je..ok?" Farish tepat memandang ke wajah Yanie sambil kenyit mata.

*eeee..geramnya aku..die ingat die bole buat sukati die kat aku..kau tunggu jelah..jangan harap aku nak terima kau sebagai suami aku..benci !* jerit Yanie dalam hati. Sambil tu mata Yanie tak lepas memandang Farish dengan muka tak puas hatinya..Farish pula dengan tenang menatap Yanie..maka terjadi lah pandangan mata Yanie vs Farish..

Tuk tuk tuk.." ketukan pintu menamatkan sesi perlawanan panahan mata oleh mereka,dan tiada siapa yang menang mahupun kalah kerana masing-masing tersentak dengan bunyi ketukan pintu itu seraya serentak memandang ke arah pintu.

"dah sedar ke isteri kamu tu Farish?" mak Yanie menyoal.

*wah mak ayattt...ISTERI?* Yanie membatu.

"dah mak,baru je ni ha.." jawab Farish tersenyum.

*erk?ade lesung pipit jugak same macam aku.* Yanie berkata dalam hati lagi.

"macam mane kamu boleh pengsan ni Yanie..kelakar la kamu ni.." kata emaknya sambil menyengih.

"emak kata kelakar?apa yang kelakar nya?" soal Yanie serius

"iyela..pengantin pengsan di hari persandingan sebab terkejut tengok bakal suami..kelakar la.." emak Yanie bagi sebab.

Yanie senyap..malas membalas kata emaknya..kalau ikutkan hati mahu sahaja dikata pada emak nya,mamat ni bukan nya baik dan pernah merogol pulak tu..malang nya..kisah Yanie itu tidak pernah diceritakan kepada emaknya.Tak kan sekarang baru nak cerita..

Lamunan Yanie terhenti apabila emak Yanie bersuara mengajak Farish keluar sebentar.

**********************

"kak..ape Yanie nak buat ni kak..kenapa dia pulak yang jadi suami Yanie kak?tolong kak..." luah Yanie kepada kakaknya..Hanya kakaknya jelah tempat Yanie meluah perasaan,mereka memang rapat,apa masalah pun akan dikongsi.

"kakak rasa,kamu terima jelah Farish tu..lagi pun dia telah pun sah jadi suami kamu,mungkin dia nak tebus semula apa yang telah dia buat dulu.." balas kakaknya sambil memegang bahu Yanie.

Bukan main terkejut Yanie mendengar kata kakaknya..ape semua orang dah gila ke dalam rumah ni..terima je orang yang tak dikenali sebagai menantu dan ipar?Yanie bengang.

"ape akak cakap ni..macam mana akak boleh cakap camtu..akak sedar tak ape akak cakap ni?akak tak ingat ke ape die buat kat Yanie dulu?Yanie benci tau tak !"

"syuhh..slow sikit kang mak dengar kang.." balas kakaknya..

"Yanie..ape bising-bising tu.." kedengaran suara emaknya yang datang dari arah dapur.Mereka yang sedang duduk di atas katil bilik kakaknya terkejut sambil berpandangan.

"takde ape mak..Yanie ni tetibe jeles tengok rambut baru rebonding akak ni.." kakaknya bercakap sambil mengenyit mata ke Yanie.

Bulat mata Yanie pandang kakaknya..*citt..ape punye akak..alasan tak best langsung..aku lagi suke rambut aku yang ikal bergulung-gulung ni..*

"ehehe..dah-dah da malam,pegi masuk bilik tidur.." kata kakaknya sambil menolak tubuh Yanie dari katil supaya dia dapat membaringkan diri.

"Yanie nak tidur dengan kakak..kita pun tak abis lagi story pasal hal ni.." Yanie merayu seraya membuat muke seposen.

"uikk..kamu dah ade suami tidur dengan akak kenapa,dah pergi cepat.." tubuh Yanie ditolak lagi sampai ke pintu bilik..

"akakk......" Yanie mula merengek..

Dumm ! pintu ditutup.

*arghhhh apsal dengan akak ni?lain macam pulak.*

Sambil tu perlahan Yanie melangkah ke kamar beradunya yang sekarang terpaksa dikongsi dengan suami tak direlainya itu.

Dilihat Farish sedang terbaring lesu di atas katilnya..al-maklum..siang tadi bekerja kuat menolong mengemas menutup khemah dan membantu apa yang patut.

*mana pulak aku nak tidur ni?* Yanie mula risau pabila melihat Farish tidur di atas katilnya..tak mungkin Yanie mahu tidur bersama Farish. Lalu Yanie ambil bantal dan selimut dan tidur di bawah katil yang berlapik kan karpet itu..

Pada mulanya Yanie berkira-kira mahu tidur ayam sahaja,takut Farish melakukan apa-apa kepadanya..namun akhirnya terlelap juga Yanie setelah 15minit 4 saat berusaha untuk tidak tidur..cehh.

Indahkan malam pertama mereka?=='

**************

Yanie bukak je mata terus dia duduk berlunjur kaki...*huh! dah pukul 6.30 !*

Dengan mamai-mamainya Yanie berjalan untuk ke tandas,tiba di pintu bilik Yanie berlanggar dengan Farish.

*apsal aku bole lupe mamat ni ade sekali?huh!*

"batal air sembahyang saya..awak ni.." Farish berkata yang ketika tu hendak menunaikan solat Subuh.

Yanie dengan rambut serabai die,taik mata bertepek,air liur basi bercorak-corak hanya memandang Farish tak puas hati..

Farish hanya senyum lihat Yanie..senyuman Farish tu tak tahu la kot die menyesal ke kahwin dengan perempuan selebet macam Yanie ni..

"tepilah !" Yanie melanggar Farish buat kali kedua apabila die tengok mamat tu tak berkelip pandang die.

*ape lawa sangat ke aku nih?*

Masuk dalam toilet Yanie rase nak menjerit pulak bila tengok keadaan dirinya serupa orang gila tak terurus tu dalam cermin..

"ahhh..malunyeee..malunyeeee akuu....." Yanie meraup muka banyak-banyak kali. Baru sedar hilang cun lah tu,ada lelaki tengok die selebet macam tu..

**************

Hari ni Yanie dan Farish akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Cuti seminggu memang terase lame bagi Yanie. Jangan nak honeymoon pulak nanti..memang tak lah Yanie nak pergi honeymonn dengan Farish.

"Yanie,suami kamu mana?ajak die breakfast cepat.." kata emaknya.

Memang selepas solat Subuh pagi tadi Yanie terus sambung tidur di bilik kakaknya..memang sehabis mungkinlah Yanie cuba mengelak daripada ternampak kelibat Farish. Bila terpandang je wajah Farish,naik segala api kemarahan Yanie.

Yanie jalan malas menuju ke biliknya..dilihat Farish masih lagi sedap membuta dengan sebelah tangan diletakkan di dahinya. Kalau ikutkan mahu sahaja dikejut Farish dengan siraman air sejuk pagi-pagi ni. Biar menggeletar terkulat-kulat..*kehkeh..* Yanie mula membayangkan keadaan Farish yang disimbah air sejuk sambil senyum-senyum nakal..

"hensem sangat ke saya waktu tidur sampai awak tersengih sengsorang camtu?" Farish bersuara..laa,dah bangun mamat ni rupanya..

Erk,terkejut Yanie..waktu tu bukan Farish yang terkulat-kulat,tetapi Yanie yang dah gelabah semacam.

"breakfast !" satu perkataan tu je yang keluar daripada mulut Yanie lantas keluar dengan segera dari bilik tu..malu lew tew..

***************

*sudah tiba masanya aku berkata benar dengan Yanie..dia perlu tahu segalanya..sampai bila nak macam ni?asik mengelak je bila nampak aku..urghhh! dah la comel,geram aku.*

Setelah 2minggu hidup bersama,tiada apa yang berlaku antara mereka. Yanie sehabis baik nak mengelak bertembung dengan Farish. Nampak je kelibat Farish sanggup Yanie pusing 180 darjah masuk bilik..oh,mereka tak tidur sebilik di atas permintaan Yanie. Walaupun mereka tinggal berdua di apartmen milik Farish,tapi mereka jarang bersama,Yanie memang hari-hari sengaja pulang lewat dari kerja..

Pagi ahad tu Yanie memerap dalam bilik,malas pulak nak keluar,tapi duduk dalam rumah pun macam terase bahaya dan tak selamat je sebab ade Farish. Ape kes tah takut dengan suami sendiri si Yanie ni.

Stok makanan memang Yanie dah prepare dalam bilik,siap dengan air berbotol-botol,so korang boleh nampak tak yang Yanie memang akan duduk berkurung je dalam bilik,sanggup kau.

Yanie bukak laptop, nasib apartment Farish pasang stremyx,tak lah bosan..boleh la layan movie korea Dream High yang Yanie tak abis tengok lagi tuh..

Sekali pintu bilik diketuk..*ahh sudah..nak ape mamat sekor ni?*

"Yanie bukak pintu ni kejap" Farish panggil.

"nak ape?"

"nak makan ape,nak pegi beli breakfast ni?" soal Farish

"dah makan...tak payah" balas Yanie.

"aik makan ape?keluar bilik pun tak?" Farish soal pelik

"makan la pape,ee bisinglah!" Yanie mendengus marah

Senyap. Farish sudah berlalu pergi. Mesti kecewa dengan layanan Yanie. Komunikasi mereka hanya disebalik pintu..nak menatap muka memang payah.

Teringat Yanie beberapa hari lalu,Yanie telah membalas kata-kata Farish dengan panggilan aku engkau, ha hambek,kene cium setepek Farish bagi.. yela..kan awal-awal Farish dah warning, sekali Yanie gelar aku dan engkau memang akan kene cium la..sebab tu sehabis boleh Yanie taknak berdepan dengan Farish,mahu terlepas kata?tak ke untung si Farish dapat cium Yanie memanjang. =.='

Lepas solat Zohor,perut Yanie dah berbunyi lagu dendang sayang. Dicapai cardigan pink dan disarung ke tubuh,seluar trek hitam dan t-shirt putih tidak ditukar,ala,nak pegi beli makanan kat kedai bawah je..apa de.hal..

Keluar dari pintu bilik Yanie pandang kiri kanan,suasana sunyi..

*puhh,harap-harap mamat tu takde.*

Baru beberapa langkah ke ruang tamu Farish terpacak depan Yanie.

"nak pegi mana?" soal Farish sambil matanya tengok Yanie atas bawah.

"beli makanan jap kat bawah" balas Yanie tanpa memandang wajah Farish.

"saya dah beli dua bungkus nasi tadi,ada kat dapur,pegi la makan"

Sambil menunduk Yanie berjalan ke dapur,rezeki depan mata jangan ditolak ye tak? bekas polistrin dibuka,ada lauk kari ayam dan sayur campur..erm,bedal..

Masa Yanie nak makan tu Farish pun sibuk masuk dapur konon nak bancuh air,padahal nak tengok Yanie makan ke tak. Tiba-tiba..

"eh,kejap-kejap,tak letak racun dalam ni kan?ubat tidur ke?" soal Yanie dengan sengalnya.

Farish senyum senget.

"takde lah sayang...makan je la..bunyi perut sampai sini boleh dengar.." Farish membalas.

"tolong jangan panggil sayang boleh?tak selera aku dengar" sambil tu sesuap nasi telah pun dimasukkan ke mulut..makan jugak.

OMG. seraya dengan itu,Farish segera menoleh,Yanie mendongak ke arah Farish,baru setapak Farish melangkah,sepantas kilat Yanie bangun dan berlari ke arah bilik dan mengunci pintu.

"arghh..camne boleh terlepas cakap AKU ni?nasib baik die tak sempat cium aku.uhh!"

Mulut yang masih bersisa nasi dikunyah dan ditelan. Berdegup kencang jantung Yanie kerana telah melakukan aksi berlari selaju mungkin bagi mengelak dicium Farish.

Farish yang pada mulanya tercengang tersenyum pula melihat telatah Yanie,takut benar kene cium..tu lah..sape suruh terlepas kata panggil AKU lagi..

Yanie berkira dalam hati,sesuap nasi die telan tadi cukup tak nak buat alas perut sampai esok? ape ke bengong la Yanie ni.

Pintu diketuk. tuk tuk tuk

"Yanie,ape makan tinggal tu,sudah kan makan tu dulu" dari luar pintu Farish berkata.

"tak payah dah kenyang" tipu Yanie. padahal..naik kembung dah perut makan angin je.

"jangan macam ni..okay saya tak buat pape kat awak,saya tak cium,cepat keluar" Farish memujuk.

"ah,tipuuuu" Yanie tak percaya.

"saya janji..tak cium..........untuk hari ni je,esok luse tak tahu la" Farish sempat pulak bersenda.

Pintu bilik terbukak. Eh berani pulak Yanie ni? yela..dah dengar lafaz janji tu berani dah die,itu pun tahap kelaparan tak dapat dibendung lagi...terus Yanie menonong ke dapur semula untuk menyudahkan sesi bersantap.

Farish tersenyum lagi. *Yanie...Yanie...boleh tak jangan buat muka comel macam tu..* pandangan Farish tak lepas dari Yanie. Yanie pulak malas dah nak layan atau berkata apa-apa,kang salah cakap kang,tak ke naya nak kene lari laju-laju sambil mulut dipenuhi nasi?uhhh

******************

  Satu malam, sebelum baca doa tidur Yanie berfikir, sampai bila dia harus hidup dengan Farish? tak tertahan rasa  gejolak hati meronta untuk pergi jauh dari Farish, jangankan bercakap, bersua muka pun rasa darah naik ke kepala.

"eloklah aku lari kut? tapi kemana? lari pun dia masih suami aku yang sah.." Yanie bermonolog.

Tapi...tapi...peristiwa yang berlaku 2hari lepas  menerjah kotak ingatan..pandangan Farish dirasakan sangat sayu..Saat Yanie melangkah masuk ke rumah, Farish sedang duduk di sofa menonton televisyen.

"Lambat balik? Yanie dah makan?" sapa Farish.

Tanpa sebarang kata Yanie menjeling tajam dan berlalu ke dapur untuk mengambil air botol. Saat Yanie melalui ruang tamu semula untuk ke biliknya, dirasakan Farish tak lepas memandangnya..sekali lagi Yanie menjeling, tapi...tapi....pandangan itu..kenapa Yanie rasa sungguh sayu?

Dalam Yanie sibuk berperang dengan perasaan pakai keris taming sari, erkk -____- , terdengar sayup suara sorang manusia..

"Ya Allah maha pengasih lagi penyayang..Kau lembutkan lah hati isteriku..Kau ampuni segala dosanya..sesungguhnya tidak pernah aku marah atau sakit hati dengan segala perbuatan isteriku..tiada sekelumit rasa benci dengan tingkah isteriku..Kau ampunilah dosa isteriku Ya Allah..sebelum aku menutup mata..sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir..tiada yang lebih bermakna daripada melihat kebahagian isteriku dunia akhirat.

Bercucuran air mata Yanie..dah kenapeee...

*Perlukah aku menangis?*

Makin panjang dan syahdu doa Farish untuk Yanie..sepertinya satu malam itu doanya hanya untuk Yanie.

*Berdosakah aku?* sekali lagi Yanie berperang dengan mainan perasaan.

Di sebalik pintu itu Yanie menangis semahunya..ai,tak kan dah insaf si Yanie ni?cepat betul...perang la lagi..setan berbisik. -____-. Dalam Yanie mengimbau segala amarah dan kata-kata kesat yang telah dilontar sepanjang perkahwinan mereka kepada suaminya, Yanie seakan merasa suaminya berada di belakangnya..

"Yanie..."

Senyap.

"Yanie..sebenarnya..." Farish seakan bersedia untuk menerima segala penerimaan Yanie..biarlah dirinya dibenci,dirinya dicaci..yang penting janganlah Yanie jauh daripadanya..

"Sebenarnya......."



# bersambung PART 4 !!! kehkeh
# dah lame tersimpan dalam draft just tak publish je..
# tunggu part 4 ye..wehuu..

Sambungan Kisah Yanie?



OMG..

Kisah Yanie masih ada orang baca meh? dan tak kurang yang mintak sambungan part 3.
Ekceli part 3 dah lame karang,ade tersimpan dalam draft almost 1 year!! ke lebih? tapi tak full finish lagi...
Kekangan masa beb...so sory reader Kisah Yanie..
coming soon keh..lap u lah yang still jenguk dan bagi positif feedback.


Notakecik : new life just begin.