Salam
Kejap je, kejapppp je dah nak raya..Ya Allah..pejam celik je kan?nak kiamat..Subhannallah...raya ni apa je yang best bagi aku?erm tak tahu la lagi..sebab so far macam ni macam tu jelah..kalau minggu lepas dok susah hati takde baju raya la takde persiapan la..hah hambekk ko,sekali rezeki aku dapat 4 helai baju raya ! setepekkkk! al-maklum rezeki jangan ditolak..2helai from my mum,sehelai from my sista n one more from my ehemehem :p.tak pernah camni,selalu 2helai je paling banyak..malas nak melampau2..tapi ni dah org bagi kan..hee
Dan tadi pegi Jalan TAR..mak aih..penuh umat manusia..ai tak balik kampong ke duk shoping-shoping lagi nih?semalam pegi Times Square pun bole tahan ramainye..rabu tu pegi Masjid Jamek dan One Utama,still berduyun orang..yang aku ni pun bukan main rajin org ajak kuar je on..huhu..naik melecet kaki aku.
Eh,ade satu mende aku tak lengkap lagi..TUDUNG ! tudung untuk match dengan baju-baju kurung aku tuh..ai..kate tokey tudung,tokey tudung takde tudung?kelakar betul..(kata seseorang kepada aku) kuikui. yela...even dalam bilik ni penuh selendang dan pashmina tapi bosan la beli kat diri sendiri,dah la hari-hari duk tengok tudung same..raye pun nak pakai yang kita jual ke?aduhhhh....nononono....
Dan dengan ini saya..nurnadrah binti........... ingin mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir tiada batin kepada rakan-rakan blogger sekalian..pulang beraya sila berhati-hati ok..aku balik kuala pilah,ade yang same kampung tak dengan aku?yeah geng nogoriiiii.. :P
notakecik : berat turun lagi,what the fishhhhhhhhhh !
kelik kelik
The Gojess ^_^
Saturday, 27 August 2011
Tuesday, 23 August 2011
Doa SAHABAT
Bismillahirahmanirrahim....
Ya Allah..ampunilah dosa-dosaku,dosa kedua ibubapa ku,dosa rakan-rakan ku dan dosa seluruh umat Islam.
Ya Allah..aku mohon padaMu berilah kekuatan dan kecekalan hati kepada sahabat ku ini semoga beliau sentiasa di beri petunjuk dan jalan dariMu..
Mohon Engkau sejahterakan lah hidupnya di dunia dan di akhirat,sentiasa aman dan damai hatinya dalam menempuhi hari-hari yang penuh liku.
Ya Allah..semoga sahabatku ini diberi peluang untuk bertemu orang yang benar-benar mencintai dan menyayangi beliau seadanya. sentiasa kuat dalam melalui ujian Mu dan sentiasa diredhaiMu..
Aminn...
notakecik : tak reti nak luah melalui kata-kata..harap blog ini boleh jadi perantara.dalam solatku jua aku mendoakanmu.

Monday, 22 August 2011
susahnya hati, senangnya hati
susahnya hati baju raya tak beli lagi
susahnya hati tak dapat sambung belajar untuk tahun ni
susahnya hati lepas raya ni kene cari kerja
susahnya hati tak dapat tolong family lagi
susahnya hati bilik bersepah penuh pashmina dan shawl
susahnya hati pashmina ada 3helai lesap
susahnya hati berat badan tak nak naik-naik lagi
susahnya hati dengan perangai adik yang degil tahap babuntal
susahnya hati raya dah nak dekat
susahnya hati dah lame tak dapat makan eskrem vanilla dan tutti frutti
susahnya hati bila selalu berfikir bukan-bukan
susahnya hati bila hati kosong tak tahu apa yang di ingini
susahnya hati bila susah hati niii..Ya Allahh.....
senangnya hati rezeki semakin murah
senangnya hati ada dia disamping ku sentiasa
senangnya hati page shawlistaa beauty scarf makin dikenali
senangnya hati kawan-kawan sentiasa menemani
senangnya hati mak ayah tak muak tengok muke aku kat rumah habiskan boreh
senangnya hati tak tahulah ape yang senang tu,,..
tak kisah lah berapa banyak susah hati berapa banyak senang hati tu..aku tetap bersyukur dengan apa yang di kurniaakan Allah s.w.t.
mungkin ada jalan terbaik untuk ku nanti..yang penting kuat dan sabar menempuhi dugaan dan ujian Allah..
notakecik : memang lagi banyak susah hati dari senang hati..tapi tapiiiii..tetap bahagia :)
Subscribe to:
Posts (Atom)