kelik kelik

The Gojess ^_^

Sunday, 27 November 2011

Sape bawak kereta lagi cermat?

Salam

Semenjak dua menjak tiga menjak berkecimpung dalam arena pekerjaan ni. masa nak hadap laptop semakin berkurangan, balik-balik terus membute,macam la keje pikul batu-bata kan. =.="

Ok ok ok,apa yang aku nak kongsikan kali ni adalah, pendapat masing-masing tentang lelaki vs perempuan.

  • sapa yang lagi cermat bawak kereta? 

hah ! siapa? siapa?

Ala dah tahu dah kalau lelaki yang bace ni mesti dorang akan kate lelaki la yang paling pandai dalam semua perkara di atas,lagi-lagi tang bawak kereta,kan?itu dusta semata-mata, penat aku bahaskan tentang sape bawak kereta paling cermat dan berkaliber ketika di jalan raya aritu.

Lelaki selalu cakap pompuan bawak slow lah,masuk simpang sesuke hati lah,kereta baru bagi pakai 2bulan dah scratch sane sini la,tapi meh aku nak bagitahu..even macam tu kan..yang selalu eksiden dan mati di tempat kejadian,langgar lori la, LELAKI kan?hahhh...majoriti nye memang lelaki ! biarlah pompuan bawak kete slow ke scratch kan kete sane sini ke.yang penting,tak membawa maut.

SEKIAN

kete masa depan ku (dalam mimpi)


notakecik : frust harimau malaya kalah..tapi takpe..kau tetap dihati.

Thursday, 17 November 2011

Peluang untuk pilih satu destinasi percutian. Mana anda pilih?

Salam

Waaa..lameeee tak update pape kan kan..kihkih..ada tak yang rinduk aku?ye aku tahu ramai rinduk aku.trime kasih.nah tiuman tikit,muahh (buwerkkk)




Ok kali ni aku nak ajak korang berangan,aku nak tanya satu soalan ni..kalau korang diberi peluang dapat satu tiket penerbangan free,destinasi mane korang akan pilih?tak kisah domestic or international.

Jeddah?Alhamdulillah..destinasi tu mestila semua umat Islam nak pergi kan..Ok selain tu? bangladesh? aiyo amma..capetown?super nice..barcelona? fantastic! amsterdam? i like tulips! rome? artistic! dan banyak-banyak lagi la kan..

As for me,i prefer more to tokyo japan and maybe seoul korea,because of the technology there,their culture,their food,their language,its not that im not interested with other culture,it just i want to know more about them. (eceh speaking tak tahan)

Dan disebabkan japan always with earthquake,so priority utama seoul la kan..eh,entah la..tetibe macam nak jugak gi tokyo tu..nak naik bullet train,kehkeh. sebab memang da lame berangan nak ke Japan..angan-angan jela..tah kurun ke berapa la bole pegi kan..untuk expenses there,u need 12thousand RM untuk belanja sebulan disana.what the heckkk..( ade orang bagitahu )


tulips is the most beautiful flower ever.agree??

bullet train..canggih,pantas,cekap,(kalaulah KTM bole buat cenggini,sumpah aku tak akan menyumpah setiap kali naik KTM,kehkeh

Jadi dah decide destinasi mane anda nak pergi?? :)





notakecik : would u like to travel wif me? :p

Thursday, 10 November 2011

Joget JOM




ok jom joget-joget sambil goyang kepala.
Rentak music ni best,selalu terngiang-ngiang dalam kepala aku, sebelum Bruno, aku layan Maroon 5 ni lah..syiokk ! 




notakecik : Everything going so gud so far. Alhamdulillah


Saturday, 5 November 2011

SALAM NOVEMBER

Salam

Aik dah NOVEMBER? kejap je..pastu dah akhir tahun,pastu dah 2012,pastu aku dah 23tahun,demm..tua ! Minggu ni asyik dilanda mood-mood yang tak menentu,kejap happy kejap nangis kejap neves kejap poyo kejap malas kejap rindu, macam hape !

Pastu duk layan movie dan drama jepun je..sekarang tengah nak abiskan drama KOISHITE AKUMA.. story pasal hero die vampire..what a cuteeeeeeeeee vampire..kalau camtu aku pun leh sedekah darah aku kat die. bole tak?

Ekceli macam-macam jadi,nak story semua kang 18 perenggan tak abis lagi, apa aku minta kat kawan-kawan yang terbaca entry aku ni,tolong doakan aku berjaya ya..doa untuk ape?tak bole bagitahu lagi..secretttttttt..nanti dah jadi baru boleh bagitahu..just doa je k..i lebiu lahh ! hukk

Ok maap entry takde motif lagi,jangan maki aku pliss. aku nak sambung layan drama ni.pastu aku dah listkan drama-drama or movie yang patut aku tengok. 1st,SECRET GARDEN ! aiyark dari tahun bile aku nak nengok tak tertengok-tengok lagik. Then WORLDS WITHIN,payah nak cariii...yang aku jumpe without subtitle..cis ! dua-dua lakonan HYUN BIN,maaflahh..memang dah jatuh hati kat dia.sekian.


koishite akuma-ok aku tahu hero die too flower boys,so what?cute hapee

Terasa tak susunan ayat aku tunggang langgang? aduh nampak sangat lame tak menaip nih. Pastu apa sebenar aku nak karang ni? aduh lagikkk.. pape pun selamat beraya ya esok... tak payah sakan-sakan dehh..cukuplah sekadar bersyukur kita masih bernafas lagi. :)






notakecik : Now i know i just have to be positive and take risk !