kelik kelik

The Gojess ^_^

Saturday, 27 August 2011

serba lengkap dah kot.

Salam

Kejap je, kejapppp je dah nak raya..Ya Allah..pejam celik je kan?nak kiamat..Subhannallah...raya ni apa je yang best bagi aku?erm tak tahu la lagi..sebab so far macam ni macam tu jelah..kalau minggu lepas dok susah hati takde baju raya la takde persiapan la..hah hambekk ko,sekali rezeki aku dapat 4 helai baju raya ! setepekkkk! al-maklum rezeki jangan ditolak..2helai from my mum,sehelai from my sista n one more from my ehemehem :p.tak pernah camni,selalu 2helai je paling banyak..malas nak melampau2..tapi ni dah org bagi kan..hee

Dan tadi pegi Jalan TAR..mak aih..penuh umat manusia..ai tak balik kampong ke duk shoping-shoping lagi nih?semalam pegi Times Square pun bole tahan ramainye..rabu tu pegi Masjid Jamek dan One Utama,still berduyun orang..yang aku ni pun bukan main rajin org ajak kuar je on..huhu..naik melecet kaki aku.

Eh,ade satu mende aku tak lengkap lagi..TUDUNG ! tudung untuk match dengan baju-baju kurung aku tuh..ai..kate tokey tudung,tokey tudung takde tudung?kelakar betul..(kata seseorang kepada aku) kuikui. yela...even dalam bilik ni penuh selendang dan pashmina tapi bosan la beli kat diri sendiri,dah la hari-hari duk tengok tudung same..raye pun nak pakai yang kita jual ke?aduhhhh....nononono....

Dan dengan ini saya..nurnadrah binti........... ingin mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir tiada batin kepada rakan-rakan blogger sekalian..pulang beraya sila berhati-hati ok..aku balik kuala pilah,ade yang same kampung tak dengan aku?yeah geng nogoriiiii.. :P




notakecik : berat turun lagi,what the fishhhhhhhhhh !


Tuesday, 23 August 2011

Doa SAHABAT

Bismillahirahmanirrahim....

Ya Allah..ampunilah dosa-dosaku,dosa kedua ibubapa ku,dosa rakan-rakan ku dan dosa seluruh umat Islam.

Ya Allah..aku mohon padaMu berilah kekuatan dan kecekalan hati kepada sahabat ku ini semoga beliau sentiasa di beri petunjuk dan jalan dariMu..

Mohon Engkau sejahterakan lah hidupnya di dunia dan di akhirat,sentiasa aman dan damai hatinya dalam menempuhi hari-hari yang penuh liku.

Ya Allah..semoga sahabatku ini diberi peluang untuk bertemu orang yang benar-benar mencintai dan menyayangi beliau seadanya. sentiasa kuat dalam melalui ujian Mu dan sentiasa diredhaiMu..

Aminn...



notakecik : tak reti nak luah melalui kata-kata..harap blog ini boleh jadi perantara.dalam solatku jua aku mendoakanmu.

Monday, 22 August 2011

susahnya hati, senangnya hati


susahnya hati baju raya tak beli lagi
susahnya hati tak dapat sambung belajar untuk tahun ni
susahnya hati lepas raya ni kene cari kerja
susahnya hati tak dapat tolong family lagi
susahnya hati bilik bersepah penuh pashmina dan shawl
susahnya hati pashmina ada 3helai lesap
susahnya hati berat badan tak nak naik-naik lagi
susahnya hati dengan perangai adik yang degil tahap babuntal
susahnya hati raya dah nak dekat
susahnya hati dah lame tak dapat makan eskrem vanilla dan tutti frutti
susahnya hati bila selalu berfikir bukan-bukan
susahnya hati bila hati kosong tak tahu apa yang di ingini
susahnya hati bila susah hati niii..Ya Allahh.....


senangnya hati rezeki semakin murah
senangnya hati ada dia disamping ku sentiasa
senangnya hati page shawlistaa beauty scarf makin dikenali
senangnya hati kawan-kawan sentiasa menemani
senangnya hati mak ayah tak muak tengok muke aku kat rumah habiskan boreh
senangnya hati tak tahulah ape yang senang tu,,..



tak kisah lah berapa banyak susah hati berapa banyak senang hati tu..aku tetap bersyukur dengan apa yang di kurniaakan Allah s.w.t.
mungkin ada jalan terbaik untuk ku nanti..yang penting kuat dan sabar menempuhi dugaan dan ujian Allah..






notakecik : memang lagi banyak susah hati dari senang hati..tapi tapiiiii..tetap bahagia :)


Sunday, 21 August 2011

Misteri PEREMPUAN.

Salam

PEREMPUAN. terlalu banyak rahsia dan misteri alam yang perlu dikaji. Kadang-kadang emosi yang menguasai diri,kadang-kadang apa yang dilakukan perempuan hanya semata-mata nafsu. Tapi tahukah anda, perempuan hatinya sangat halus,sangat mudah rapuh walaupun pada dasarnya beliau nampak seperti seorang yang sangat kuat.

Bila kami(perempuan) kata "takde pape lah", ketahuilah, mesti ada pape yang nak di luah tapi tak kesampaian,mengharapkan sang jejaka tak putus asa dalam mengambil berat akannya. tapi bila kami nekad taknak bercerita tentang apa yang kami simpan, tolong jangan paksa. itu hak kami untuk untuk tidak bercerita kepada anda.

Mahukan anda mengambil berat dan berasa simpati. bila anda tanya " dah makan?" dan dijawab dengan "belum",pls tanya knape tak makan lagi..bla bla bla..kengkadang ada je perempuan suke dilayan ibarat anak-anak kecil. dan sekiranya perempuan itu kata die sedang bersedih, percayalah dia sebenarnya sedang menangis di dalam hati walaupun tidak keluar air matanya.

Suka apabila ada yang memujinya. tak kiralah tentang apa jua. atau lelaki yang perasan perubahan pada diri seorang perempuan menunjukkan anda prihatin dan memerhatikannya. ini boleh membuat kami tersenyum.

Sangat misteri apabila setiap bulan hormon kami tidak akan pernah stabil. di saat ini kami  sedar emosi sangat kucar kacir, antara sedar atau tidak kadang kala kami pasti sengaja atau tak sedar sebenarnya dah melukai hati orang yang di sayangi. saat itu ketahuilah,itu bukan diri kami yang sebenar. hanya emosi yang tidak boleh dikawal semata-mata.







notakecik : bila dah start sayang seseorang tu.akan sayang sampai bila-bila. even dikhianati,susah nak paham apa perempuan nak sebenarnya.


Saturday, 20 August 2011

100 HARI SEBELUM KEMATIAN

Salam

Subhanallah,Subhanallah...Ya Allah..terdetik kali ni untuk aku bercerita tentang sebuah drama yang baru aku tengok tadi dan drama tersebut sangat sangat sangat sangat menyentuh hati dan perasaan,jauh di lubuk hati terdetik bilakah aku akan MATI ? Ya Allahh.....

Tak tahu kenapa,cerita nya biasa je,tapi plot dan jalan cerita sangat menarik,itupun aku start tengok separuh jalan. start dari 7 hari sebelum kematian,sebelum tu adelah 100 hari,70 hari dan beberapa hari lagi tanda sebelum kematian yang aku termiss..

7hari sebelum kematian,selepas Asar
selera makan seseorang tu akan bertambah dan jadi lain macam.sedangkan sebelum tu makan pun tak lalu.berlaku selepas asar.. Wallahualam.

3hari sebelum kematian, selepas Asar
seseorang yang akan menemui ajal tu terasa dirinya kurang hensem/cantik, hidung semakin jatuh,telinga ke dalam, dahi berlekuk..dan ada lagi tanda-tanda pada wajah dan badan yang tak dapat aku describe kan kat sini,takut salah fakta sebab takut salah ayat.. Wallahuallam.

1hari sebelum kematian, selepas Asar
seseorang tu akan merasa sakit di bahagian belakang ubun-ubun kepalanya..(tanda-tanda malaikat nak cabut nyawa) Wallahualam.

Semua tanda-tanda yang berlaku adalah selepas Asar, sama ada kita sedar atau tidak. Ajal dan maut Allah dah tentukan. Dunia hanya pinjaman,yang kekal akhirat jua.Tapi kenapa manusia sekarang masih lalai dan langsung tidak mahu ingatkan hari akhirat?

Aku cakap macam ni bukan lah makna nya aku baik,perfect, semua cukup. tak. aku juga perlu bagi peringatan kat diri aku sendiri yang bila-bila masa aku akan mati. Wallahualam. tak tahu kenapa,aku tengok drama tu tadi, air mata mencurah-curah ke ladang gandum, tekak perit tahan sedu, hidung merah penuh hingus. teresak-esak sampai memerah muke.. Ya Allah....dalam sekelip mata Kau beri keinsafan kepadaku,sungguh aku malu dengan diri aku Ya Allah..

Aku redha dengan setiap ujianMu Ya Allah..redha sekiranya Engkau mahu menarik nyawaku dalam usia muda ini Ya Allah..tapi aku mohonnn...mohonn...supaya berilah aku kesempatan untuk aku berbakti kepada kedua ibu bapa ku terlebih dahulu. memberi mereka kesenangan dan kebahagian.. sehingga sekarang aku masih terumbang ambing dalam melaksanakan tangunggjawab sebagai anak..mohonn...beri aku kesempatan itu..aminn.









notakecik : tak larat nak menangis dah. tak tahu pada sape nak mengadu. Buka Al-QURAN, alunkan ayat2 suci..moga tenteram hendaknya. mari sama-sama ingat MATI.



Friday, 19 August 2011

Only hope

there's a song that inside of my soul
it's the one that I've tried to write over and over again
i'm awake in the infinite cold
but u sing to me over and over and over again

so i lay my head back down
and i lift my hands and pray
to be only yours i pray
to be only yours i know now
your my only hope

sing to me the song of the star
of your galaxy dancing
and laughing and laughing again
when it feels like my dreams so far
sing to me of your plans 
that you have for me over again

i give you my destiny
i'm giving you all of me
i want your symphony
singing in all that i'am
at the top of my lungs
i'm giving in back











notakecik : can u hear me singing this to you? :(





Sunday, 7 August 2011

Macam-macam jadi. Macam-macam berlaku. Tapi aku tetap begini :)

Salam

Ngenggg...dah seminggu berpuasa aku tak hupdet satu ape pun,kehkeh.penat sangat ape puase sampai nak menaip entry pun malas tahap cipan? (padahal fb hari2 bukak) :P

Bukan la..semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku menaip kene ada mood,siyess gedik gile mood aku nih.ngade2 nak kene ade timing plak bile nak menaip.die kene hati duka laraaaa,nak kongsi berita bestt,luahan perasaan tak puas hati malaysia kalah n bla bla bla,baru nk taip..padahal blog ni hari2 je aku masuk dan jenguk,dan aku melawat je kawan2 blogger aku yang lain.just tak hupdet untuk diri sendiri je..hekkkhekk

Aku pun sebenar baru baik demam..amazing gile ! aku kan jenis susah nak dapat penyakit,4hari straight tak tinggal terawikh then hari ke 5 bole pulak demam ngade2.ish. mama aku kate mungkin berjangkit dari ramai2 muslimat kat surau yang memang kebanyakan nye selsema la,batuk la..huhu..tapi aku relax je,demam2 pun puasa tahukkk! bangge dengan diri sendiri..:p. yela,ujian Allah sekecil ni pun tak kan sampai tak bole berpuasa.aku masih larat..:)dan hari ni deria rasa aku hilang !!!! bukan main sedap juadah berbuka dengan ikan pari bakar cicah air asam,bole pulak tekak aku buat hal.yelaaa.orang baru baik demam kannn..adeh.

For now.tak de ape2 penting sangat nak update la.just nak raya ni Alhamdulillah rezeki kat SHAWLISTAA BEAUTY SCARF makin menjadi-jadi...amin amin...:).korang pun kalau nak beli pashmina dan shawl yang murah tahap gilos..singgah la ye fanpage aku tu..seriusss murah ! hhihihi

Dan untuk UPU memang dah buat rayuan tapi macam tak dapat jugakkkk je..:( hurm.takpelah.lepas raya Insyaallah akan bekerja..:)

OK BAI


notakaki : menaip kerana rasa nak menaip laju2.kihkih